-->

Menjual rokok tidak sah ketahui apakah tindakannya

Menjual rokok tidak sah ketahui apakah tindakannya - 

Menjual rokok tidak sah
Menjual rokok tidak sah ketahui apakah tindakannya

KUALA TERENGGANU : Awas kepada mereka yang masih berdegil dan terus menjual rokok tidak sah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas, termasuk berdepan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.
Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan Unit Perihal Dagangan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi malah akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti jenayah tersebut, dalam usaha melindungi pengguna terhadap produk yang tidak terkawal.


Jika memiliki rokok haram Anda boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun, denda RM10,000 atau kedua-duanya.Klik Sini untuk ketahui lebih lanjut lagi...
 

Menurutnya, kemasukan produk yang tidak terkawal itu dibimbangkan akan meningkatkan aktiviti jenayah dan menyebabkan negara hilang pendapatan.
“Baru-baru ini, kami mendapati jualan rokok tidak sah semakin berleluasa dan aktiviti ini sememangnya melanggar undang-undang negara.

“Peniaga yang menjual rokok perlu sedar akan kesalahan undang-undang ini supaya mereka dapat mengelak daripada menjual rokok tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Taklimat Rokok Tidak Sah oleh BAT (British America Tobacco) di Riyaz Heritage Hotel, Pulau Duyong, semalam.

Katanya, mereka yang ingkar boleh dikenakan penalti jualan rokok yang tidak sah kerana menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011, iaitu bagi kesalahan pertama, akan didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi
kesalahan kedua atau seterusnya, akan dikenakan denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Peniaga juga katanya, berdepan dengan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama kerana menyalahi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, akan dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

“Pada akhir tahun lepas, KPDNKK telah mengedarkan risalah kepada semua peniaga di seluruh negara untuk memaklumkan kepada mereka cara mengenal pasti kotak rokok yang tidak menepati Akta Perihal Dagangan dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

“Risalah tersebut turut mencatatkan penalti yang akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang ditangkap kerana menjual rokok tidak sah,” katanya.

KPDNKK memandang serius terhadap sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan telah mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan aktiviti sedemikian, termasuk peniaga yang menjual VCD dan DVD haram atau mereka yang tidak mematuhi undang-
undang bagi barangan harga terkawal.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar