Kini popular menurun pengakuan Shaheizy Sam-pelakon Shaheizy Sam mengakui namanya sedikit tenggelam sejak 
kebelakangan ini namun terpaksa akur dengan proses jatuh bangun 
kehidupan seorang selebriti.
 
Visit: Wansite
Kredit
Sam atau 
nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 31, berkata, walaupun pernah 
memenangi gelaran Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2012 
pada April lalu, ini tidak bermakna namanya akan kekal popular sepanjang
 masa.
"Benda 
(populariti) ini kita tahu daripada dulu lagi bahawa setiap yang naik 
akan turun dan seseorang yang berada di puncak tidak akan kekal di atas 
selamanya.
 
"Tetapi saya
 terima perkara itu dengan hati yang terbuka. Semestinya ada jalan lain 
untuk mengekalkan populariti agar tidak terlalu jatuh," katanya.
Sehubungan 
itu tambah Sam, dia akan mengambil apa saja peluang dalam setiap tawaran
 lakonan yang diterima agar dapat mengekalkan momentum kerjayanya.
Dalam pada 
itu dia juga menjadikan idolanya iaitu Datuk Rosyam Nor sebagai contoh 
dan rujukan dalam mengekalkan nama dalam industri hiburan tempatan untuk
 tempoh masa yang lama.
"Kalau 
dahulu sebelum dikenali ramai, saya selalu tertanya-tanya kenapa bakat 
saya susah mendapat perhatian walaupun sudah 10 tahun dalam industri.
"Tetapi 
lama-kelamaan, saya faham apabila melihat industri sebagai sebuah 
perniagaan hiburan yang juga memerlukan strategi pemasaran. Itu yang 
akan cuba saya lakukan," ujarnya.
Sementara 
itu, Sam yang telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem 
menerusi filem SAM pada Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) Sabtu lalu itu 
akan muncul dengan sebuah filem terbaharu berjudul Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly.
ArtikelKredit