-->

Guna kaedah biometrik untuk periksa status pengawal keselamatan

Guna kaedah biometrik untuk periksa status pengawal keselamatan-
Semua syarikat kawalan keselamatan diarah memeriksa status pengawal keselamatan masing-masing dengan menggunakan kaedah biometrik bagi mengelakkan penipuan dalam kalangan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengambil tindakan tersebut ekoran terdapat laporan ada syarikat kawalan keselamatan menggunakan warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu sebagai pengawal keselamatan.
"JPN telah diarah memeriksa 600 syarikat keselamatan di seluruh negara untuk mengesahkan semua kad pengenalan (MyKad) pengawal keselamatan masing-masing dengan menggunakan kaedah biometrik.
"Proses ini akan dilaksanakan segera bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku selepas ini," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Othman Hassan di pejabatnya di sini hari ini.
Tindakan tegas itu, katanya, diambil selepas seorang pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai operasi Ambank, Allahyarham Norazita Abu Talib minggu lalu dikesan menggunakan kad pengenalan palsu.
Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mendedah JPN mengesan ramai warga asing memiliki kad pengenalan palsu dan ada antaranya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sektor berisiko tinggi seperti institusi perbankan di seluruh negara.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, ekoran kes pembunuhan kejam itu pihaknya telah mengambil tindakan tegas membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan tersebut.
Katanya, selepas ini pemantauan lebih ketat akan dilakukan terhadap semua syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara untuk mengesan syarikat yang melanggar peraturan ditetapkan.
Melalui proses tersebut, semua syarikat keselamatan akan dikategorikan sama ada dalam kelas A, B atau C bagi memudahkan pemantauan.
"Saya bersama pegawai akan lakukan penguatkuasaan ini dan kita tahu ada syarikat yang pakai lesen senjata api dan syarikat kawalan keselamatan bagi tujuan lain," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya pemberita apakah maksud 'digunakan bagi tujuan lain'.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, rampasan majalah mingguan milik Gereja Roman Katolik, The Herald di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu minggu lalu dibuat bagi memeriksa isi kandungan majalah tersebut.
Pemeriksaan bertujuan memastikan The Herald tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan yang melarangnya menggunakan kalimah Allah.
Sementara itu, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Cawangan Sabah dalam kenyataannya semalam mengesahkan menahan sebanyak 53 naskhah majalah tersebut pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, selepas diperiksa dan didapati tiada penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu, majalah tersebut dibenarkan untuk edaran.

Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar