Cara bagaimana hendak tulis post blog biar ramai orang suka-artikel kali ini saya nak kongsi dengan anda bagaimana cara biar entri anda ramai orang suka :)
di facebook ,ilmu ini saya petik dari seorang pakar blogger yang berwibawa.Tanpa buang masa jom baca petikan dari beliau :
"Tips Tulis Entri Dengan Ribuan Facebook Likes
Entri ini akan mendedahkan teknik dan cara saya sehingga membolehkan dua entri saya mendapat lebih daripada 3000 likes menerusi Facebook. Anda boleh praktikkan cara ini, namun saya nasihatkan anda ... tak semestinya dua tiga kali buat cara ini anda akan berjaya ya ... banyak aspek lain diambil-kira, tetapi saya kongsikan mana yang ada di ingatan dan berdasarkan pengalaman sebenar saya.
Lain2 artikel menarik : lawat sini
Artikel
Visit: Wansite

Tips 1 - Pendapat Ikhas dan Bernas Anda
Tulis entri berkaitan pendapat. Selalunya pendapat ini ada dua kategori, satu untuk memuji, satu lagi untuk menghentam ... tapi, saya lebih suka buat entri berdasarkan pendapat ikhlas. Dan untuk memberikan impak, lihat isu, cerita, serta berita terhangat yang sedang diperkatakan. Pertuturkan pendapat anda seikhlas mungkin berdasarkan apa yang difikirkan betul dan benar. Jangan terlalu bercerita soal isu, tetapi bercerita tentang apa yang anda fikirkan, fakta-fakta anda, bukti-bukti anda, pengalaman-pengalaman anda.Tips 2 - Berikan Jawapan Kepada Masalah Ramai
Tulis entri berkaitan informasi yang boleh memberikan jawapan kepada masalah orang lain. Bermaksud anda berikan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Saya nampak banyak blog hebat yang kongsikan informasi seperti tips, tutorial berjaya mendapat facebook like kerana entri-entri yang disediakan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk lebih cepat mendapat perhatian, saya syorkan anda melihat permasalahan sekeliling ... apa yang sering orang ramai rungutkan. Sebagai contoh, servis Maxis, servis Astro kurang memuaskan, dan anda cuba selesaikan ikut cara anda, kongsikan pengalaman anda itu dan berikan penyelesaian kepada orang lain untuk hadapi masalah itu.Tips 3 - Mudahkan Orang Lain Mengetahui Mengenainya
Tulis entri yang memudahkan orang lain mengetahuinya. Contohnya macam anda pergi ke laman web organisasi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan .... dalam laman web itu ada banyak informasi berguna yang boleh anda kongsikan. Cuba cari mana-mana bahagian penting yang nampak susah nak akses, tetapi anda buat satu entri mengenai bahagian tersebut. Hmm macam inilah, dalam laman web Kementerian Pendidikan, ada portal untuk semak keputusan peperiksaan sekolah, maka anda ambil butiran bahagian tersebut dan jadikan entri anda. Buat menggunakan bahasa anda sendiri, dan kalau boleh ... anda tunjukkan cara dan kaedah berdasarkan pengalaman anda sendiri menggunakannya."Lain2 artikel menarik : lawat sini
Artikel