-->

Tren komuter Keretapi Tanah Melayu tergelincir dari landasan



KUALA LUMPUR - Tiga gerabak tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir dari landasan di kilometer 354.88 berhampiran Stesen Rawang hari ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, tren yang membawa 120 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim, Perak ke Rawang.
Menurut kenyataan KTMB tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang yang terjejas dipindahkan ke stesen Rawang menggunakan Tren Enam Gerabak.
"Ekoran insiden ini, beberapa perkhidmatan komuter dan ETS KTMB di Sektor Tengah terganggu, termasuk perkhidmatan komuter bagi laluan Rawang-Tanjung Malim dan tren ETS Silver dari KL Sentral ke Ipoh pada pukul 11 pagi,” jelas kenyataan itu.
Perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma dari Rawang ke Serendah dan dari Serendah ke Rawang disediakan untuk membawa penumpang yang masih ingin ke destinasi mereka.
Untuk Tren ETS Silver dari KL Sentral ke Ipoh, perkhidmatan ditamatkan di Stesen Rawang dan para penumpang akan menaiki bas ke Stesen Serendah sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh menggunakan ETS.
Kenyataan itu turut menyebut sekiranya ada perkhidmatan tren dibatalkan, penumpang boleh meminta pemulangan tambang penuh atau menukar semula tarikh perjalanan mereka.
Pada ketika ini, kerja-kerja membaik pulih landasan dan mengenal pasti punca kegelinciran masih dilakukan.
 - Bernama



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar