-->

Syiah guna kaedah nikah mutaah untuk tarik anak muda

Syiah guna kaedah nikah mutaah untuk tarik anak muda

Syiah guna kaedah nikah mutaah untuk tarik anak muda-nikah muta'ah antara tawaran yang digunakan penyebar fahaman syiah untuk menarik lebih ramai pengikut khususnya dari kalangan anak muda.
Malah lebih membimbangkan apabila ada yang beranggapan isteri orang boleh dinikahi dengan syarat jangan suami wanita berkenaan tahu.

Demikian pendedahan dibuat oleh Mufti Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh.

Menurutnya, syiah yang boleh merosakkan akidah umat Islam itu turut mewujudkan kerisauan kerana boleh meruntuhkan pembangunan ummah di negara ini.

“Syiah ini kita perlu faham apakah ajaran sebenarnya kerana di luarnya saduran cukup cantik, silap-silap bawa tawaran menarik.

“Antara amalannya sembahyang boleh jamak, sembahyang Jumaat tak payah dan kahwin mutaah yang mampu menarik minat orang muda.

"Nikah mutaah ini bila terdesak dibolehkan, malahan isteri orang boleh dinikahi dengan syarat jangan suami dia tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ulamak Negeri Melaka Ke-21 serta meraikan golongan haji dan hajjah di Dewan Sekolah Rendah Agama Peringgit, di Melaka, semalam.

Beliau turut melahirkan kerisauan akibat perkahwinan mutaah juga boleh meningkatkan penyakit kelamin.

“Saya difahamkan ada seorang pengikut ini sudah memiliki 40 hingga 50 suami melalui perkahwinan ini. Dan pernikahan ini pastinya boleh merosakkan keturunan,” katanya.

Beliau turut mendedahkan, Jabatan Mufti Melaka turut pernah menyekat permintaan sebuah pergerakan syiah di negeri berkenaan yang berhasrat menubuhkan madrasah mereka bagi menyebarkan fahaman itu.

Akibat halangan yang dikeluarkan katanya, kumpulan berkenaan dikesan bergerak secara halus menerusi orang perseorangan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan usaha itu perlu dibanteras.

"Guru agama termasuk guru takmir dan persatuan ulama perlu bergerak bersama-sama dengan agensi agama negeri bagi memperhebatkan usaha memerangi fahaman syiah ini," katanya.

Beliau menambah, fahaman syiah yang disebarkan secara halus bagi mengelak dihidu pihak bertanggungjawab perlu diperangi dengan memperkukuhkan asas agama umat Islam berlandaskan fahaman ahli sunnah wal jamaah.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar