Kejamnya - Kuala Terengganu: Hanya kerana enggan keluar membeli rokok diminta suaminya dalam keadaan hujan lebat, seorang isteri dipijak di kepala dan dipukul lelaki itu dengan penyapu tanpa belas kasihan.
Kejadian di rumah pasangan itu di Kampung Banggol Air Lilih, di sini, kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu, bermula selepas wanita berusia 21 tahun itu memberitahu suaminya yang dia akan keluar membeli rokok seperti diminta selepas hujan berhenti.
Sumber berkata, suspek bukan hanya memaki hamun ibu muda itu, malah turut menyepak meja makan yang ada dalam rumah mereka.
Selepas mangsa memaklumkan akan ke kedai membeli rokok yang diminta selepas hujan reda, suspek terus naik angin dan memaki hamun isterinya. Mangsa kemudian menegur suaminya kerana tidak mahu mengganggu anak mereka yang sedang tidur.
Teguran mangsa bukan saja tidak diendahkan suspek, tetapi dia juga ditampar suaminya sebelum berlaku tolak menolak antara mereka. Akibat ditolak terlalu kuat, mangsa terjatuh dan suspek yang bagaikan dirasuk terus memijak kepala isterinya, katanya, di sini semalam.
Artikel
By: Wansite
Sumber