-->

Polis lancar ops cantas bagi wanita

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang akan melancarkan pasukan Ops Cantas khas yang dianggotai pegawai dan anggota wanita bagi mengendalikan
kes jenayah kekerasan melibatkan golongan itu.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat penolong penguasa polis (ASP) dan dibantu seorang inspektor serta 18 anggota lain-lain pangkat itu berkuat kuasa 15 November ini.
"Mereka ini akan dilengkapkan dengan pakaian dan senjata khas, sama seperti pasukan lelaki bagi memudahkan kita mengendalikan kes melibatkan penjenayah wanita," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan dan lafaz ikrar polis di sini hari ini.
Katanya, walaupun bilangan penjenayah wanita hanya mewakili peratusan kecil, beliau berharap pasukan khas itu dapat memantapkan lagi pasukan Ops Cantas dalam usaha memerangi jenayah dan kegiatan kongsi gelap di Pulau Pinang.
Beliau berkata, menerusi Ops Cantas sejak 17 Ogos lepas, polis menahan 1,162 suspek dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di negeri ini dan 165 daripadanya merupakan anggota kumpulan kongsi gelap. 
- Bernama





 Post by: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar