-->

Pertukaran guru perlu dikaji

Pertukaran guru perlu dikaji-Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius masalah pertukaran guru terutama melibatkan guru yang layak dan terlalu lama memohon serta akan mengkaji cara terbaik bagi menangani masalah itu. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, masalah permohonan terlalu lama dan masih belum diterima adalah masalah besar dihadapi kebanyakan guru.
“Isu mengenai pertukaran guru dilihat dalam konteks lebih besar. Antara negeri paling ketara berhadapan masalah ini ialah Kelantan, memandangkan bilangan guru lahir di Kelantan antara paling ramai,” katanya ketika lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), kelmarin. Menurutnya, kementerian tidak bermaksud meminggirkan mereka yang memohon sebaliknya, tiada kekosongan menjadi punca masalah itu.

“Di Kelantan jawatan guru perlu diisi di situ adalah 28,048 guru, bilangan guru lahir di Kelantan pula seramai 57,740 dan bilangan guru memohon balik kampung seramai 2,483, sedangkan kekosongan 179. “Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh meletakkan guru tanpa mengikut keperluan dan kekosongan. Di Terengganu permohonan guru mahu pulang ialah 1,267 tetapi kekosongan ada 139, bermakna permohonan seramai 1,100 guru tidak dapat dilayan,” katanya.
Selain itu, katanya, di Kedah terdapat 1,523 permohonan guru ditukarkan di situ tetapi kekosongan cuma 274 dan bermakna, 1,200 guru tidak akan mendapat tempat. “Tempat dan kekosong terhad dan bilangan guru mahu balik ramai. Jadi, masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. Sebab itu saya ingatkan pengambilan guru adalah mengikut keperluan negeri masing-masing.
“Kekurangan guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik juga faktor guru-guru ini tidak dapat balik, malah menjadi punca kepada jarak jauh antara pasangan guru yang berumah tangga,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan teliti sekiranya berlaku keciciran dalam setiap permohonan. “Kita akan berusaha tangani masalah ini dengan sebaik- baiknya,” katanya.

Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar