-->

Mayat ditemui di ikat dalam kain selimut

 
Hasrat seorang lelaki mahu menangguk ikan di bawah jambatan di pekan Tanjong Karang, di sini terbantut apabila menemui bungkusan kain selimut berbau busuk kira-kira jam 1.15 petang, semalam.



Mayat ditemui di ikat dalam kain selimut

Kerana curiga, lelaki terbabit mendekati bungkusan dan terkejut apabila mendapati mayat berikat dalam keadaan mengerikan sebelum menyuruh anaknya menghubungi pihak polis.
Kejadian itu turut menggemparkan orang ramai dan mula mengerumuni kawasan jambatan berhampiran bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang meskipun bau agak memualkan.

Sinar Harian difahamkan, lelaki itu dipercayai mati dibunuh beberapa bulan sebelum ditemui penduduk kerana berdasarkan keadaan badannya yang sudah mereput manakala leher mangsa dijerut dengan tali.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.15 petang dan pegawai polis yang diketuai Inspektor Rozaini Rosmin bergegas ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, mayat lelaki itu diikat dengan tali nilon berwarna hijau di bahagian badan, tangan dan kaki. Manakala seketul batu berbentuk empat segi turut berikat pada badan mayat yang dibungkus dengan kain selimut.

“Keadaan bahagian kepala hanya tinggal tengkorak  manakala bahagian badan mereput menyukarkan pihak polis mengenal pasti cap jari mangsa. Pihak polis turut menemui kesan kecederaan pada paha dan pinggang mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian
semalam.

Muhd Taib menjelaskan, siasatan mendapati mayat yang ditemui berhampiran tebing sungai ketika air surut dan anggotanya terpaksa mengikat mayat itu pada kayu berhampiran sementara menunggu pasukan forensik tiba ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui berpakaian baju kemeja-T kelabu berkolar bulat dan memakai seluar jean biru muda dengan tali pinggang berjenama Doula.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Kita percaya dia sudah lama mati berdasarkan keadaan mayat. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan dan punca kematian hanya boleh diketahui selepas bedah siasat dijalankan esok (hari ini).

“Mayat kemudian  dibawa ke Hospital Tanjong Karang,” katanya yang menolak kes itu ada kaitan dengan penemuan kes lelaki berikat dengan batu yang ditemui berhampiran Jeti Lorong Budiman Sungai Tengi pada 10 September lalu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor atau Bilik Mayat Hospital Tanjong Karang untuk tujuan pengecaman.





Kredit-sinar harian
By: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar