Lihat suasana sayu Faizal ismail berkhidmat terakhir di Hot FM |
Lihat suasana sayu Faizal ismail berkhidmat terakhir di Hot FM -Semalam bersamaan 15 November 2013 merupakan hari terakhir untuk penyampai radio popular Hot FM, Faizal Ismail berkhidmat di stesen radio tersebut.
Menerusi akaun Instagram stesen tersebut, suasana sayu menyelubungi konti apabila tiba detik-detik terakhir Faizal menamatkan perkhidmatannya selepas lapan tahun menggalas tugas sebagai penyampai.
Tentunya ketiadaan Faizal di Hot FM adalah sesuatu yang sukar untuk dicari ganti.
Penyampai radio Hot FM, Faizal bin Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI mengesahkan bahawa kenyataan mengenai perletakan jawatannya sebagai penyampai radio di bawah syarikat Media Prima Berhad yang dikongsikan di laman sosial Twitter miliknya pada 24 Oktober lalu adalah benar.
Saya telah menyerahkan notis perletakan jawatan kepada Hot FM pada 24 Oktober lalu. Mengikut kontrak, saya perlu memberi notis enam bulan lebih awal, namun selepas perundingan dengan pihak pengurusan, saya dibenarkan untuk menamatkan tugas saya berkuatkuasa pada 15 November 2013, jelas Faizal ketika ditemui dalam satu sidang media khas pada Rabu.
Saya dah fikir mengenai perkara ini sejak dua tahun lepas dan hanya isteri serta keluarga saya saja yang tahu mengenai hasrat ini. Apa yang saya buat ini (letak jawatan) adalah satu tindakan yang biasa. Selama tujuh tahun di Hot FM, saya dah capai tahap yang saya inginkan dan saya mula berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan dalam kerjaya selain menjadi penyampai radio.
Lagipun, hidup ini penuh dengan cabaran. Saya tidak mahu hanya terperangkap dalam satu kepompong saja dan saya mahu keluar dari kepompong keselesaan ini. Saya nak melalui fasa perubahan dan saya nak cabar diri saya untuk melakukan perkara lain. Saya bukan jenis yang nak duduk di takuk selesa saja, saya nak cabar diri saya lagi, ujar Faizal.
Apapun, saya akan menyambung semula tugas saya di sana namun hanya sebagai penyampai radio sambilan saja bermula Disember nanti. Walaupun saya letak jawatan, namun mereka masih menawarkan peluang kepada saya. Saya terhutang budi dengan mereka dan saya hargai sangat dengan peluang yang diberikan, ujar pengelola slot AM Krew ini sekaligus menepis dakwaan kononnya dia berhenti dari Hot FM kerana mendapat tawaran dari stesen radio lain.
Saya tiada niat langsung mahu pergi ke stesen radio lain. Saya letak jawatan kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan yang baru saja dilakukan iaitu FBI Entertainment. Selepas ini saya akan fokus lebih kepada perniagaan saya di mana kami terlibat dalam pengurusan acara serta bidang penerbitan.
Saya tidak akan kembali ke radio sebagai penyampai radio tetap dalam masa terdekat ini, namun saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Selain fokus dengan FBI Entertainment, saya juga masih meneruskan komitmen sebagai pengacara televisyen di mana saya akan cuba tingkatkan lagi prestasi saya dalam bidang ini. Apapun, saya sudah bersedia dengan cabaran mendatang kerana saya percaya, tanpa cabaran, kejayan tidak akan datang, ujar Faizal lagi.
Sidang akhbar yang diadakan di Restoran Marche Movenpick The Curve ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul. Menurut Seelan, walaupun berat untuk melepaskan Faizal, namun pihaknya akur dengan hasrat Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama enam tahun berturut-turut itu untuk meletak jawatan.
Artikel
Kredit