-->

Kisah aneh kejadian mengali kubur tidak mahu dalam


Kisah aneh kejadian mengali kubur tidak mahu dalam

HAMPIR tiga puluh lima tahun menjadi penggali kubur, bagi Warin bin Wahwal 85, atau Wak Rin kejadian aneh, kubur yang di gali tak mahu dalam adalah satu pengalaman tidak boleh dilupakan olehnya kerana kejadian itu adalah paling aneh sepanjang bertugas sebagai pengali kubur.
Menurut Wak Rin kejadian tersebut berlaku sekitar tahun tujuh puluhan di tanah perkuburan Batu Tiga Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Seperti biasa sebaik diberitahu ada kematian, Wak Rin pun bergegas ke tanah perkuburan itu untuk mencari tempat yang untuk digali kubur.

“Tak banyak masalah, tanah perkuburan itu memang tempat saya, jadi macam biasalah hari itu saya meminta bantuan seorang rakan untuk menggali kubur tersebut. Kami mula menggali kubur kira-kira pukul tujuh pagi.

“Menggali kubur bukanlah susah sangat,biasanya dalam masa setengah jam kami boleh menggali separas lutut atau lebih lagi.namun kali ini setelah menggali tiga jam di kawasan tanah perkuburan biasa yang tidak ada akar besar atau batu kami hanya berjaya menggali separas lutut, “cerita Wak Rin.

Katanya, tanah yang digali dinaikkan bertimbun, kalau dilihat dari tanah di tepi kubur itu memang lubang kubur yang kami gali sudah siap. Gali macam manapun lubangnya tidak mahu jugak dalam, hanya setakat separas lutut sahaja.

“Saya berpandangan dengan kawan-kawan lain, rasa-rasanya kalau diteruskan mengali kubur itu,esok pun belum tentu boleh siap. Makin digali kubur itu tidak bertambah dalam malah setakat itu sahaja. Hanya tanah sahaja yang dinaikkan tetapi lubang kubur tersebut tetapi tidak dalam, “cerita Wak Rin.

Menurut Wak Rin, setelah tiga jam mengali, dari pukul tujuh sehingga sebelas pagi kubur itu hanya berjaya digali separas lutut. Hairan betul, usahkan untuk menebuk liang lahad hendak dikebumikan jenazah pun tidak boleh.

“Setelah memikirkan bagaimana cara untuk menyiapkan kubur itu kerana masa berjalan jugak. Saya pergi ke rumah si mati. Saya panggil anak lelakinya yang bernama uda mintak dia datang ke kubur, “cerita Wak Rin.

Sebaik sampai ke tanah perkuburan itu Wak Rin menjelaskan kepada anaknya itu tentang masalah yang dihadapi mereka. Lubang kubur yang digali tidak boleh dalam walaupun tanah bertimbun dinaikkan tetapi dalam kubur itu hanya separas lutut.

Saya mintak Uda masuk dalam lubang ini dan duduk bersila,baca Al-Fatihah kemudian selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas itu engkau minta ampun bagi pihak bapa engkau dengan apa juga kesalahan yang dilakukannya.

“Kalau kesalahan itu berkaitan dengan manusia,engkau kena selesaikan dengan orang itu. Kalau dia ada hutang atau sebagainya engkau hendaklah jelaskan hutang-piutangnya, “jelas Wak Rin.

Uda tidak membantah dia mengikut sahaja apa yang diarahkan Wak Rin setelah segala-galanya selesai udapun pulang. Wak Rin dan rakan-rakannya meneruskan kerje menggali lubang kubur itu untuk memastikan upacara pengebumian dapat dijalankan tepat pada waktunya.

Dalam masa setengah jam sahaja menggali lubang kubur tersebut dalamnya sudah separas dada. Kira-kira pukul satu tengah hari lubang kubur itu dapat disiapkan dengan sempurna dan urusan lain boleh dijalankan termasuklah mengebumikan.

“Kira-kira setengah jam Uda pulang ke rumah, saya pulang menyusurnya kerana ada hal dan dia terkejut apabila saya memberitahunya lubang kubur hampir siap. Bayangkan kami telah menghabiskan masa selama tiga jam sia-sia sedangkan dalam masa setengah jam kami telah menyiapkannya, “ujar Wak Rin.

Wak Rin lega benar kerana akhirnya lubang kubur yang digali, pada mulanya tidak boleh dalam tetapi akhirnya berjaya disempurnakan dengan baik dan jenazah tersebut selamat dikebumikan seperti orang lain.

“Kejadian itu adalah yang paling aneh pernah saya lalui sepanjang hampir tiga puluh lima tahun saya bertugas sebagai penggali kubur di Segambut dan juga Batu Tiga, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kerana kami benar-benar penat setelah tiga jam berkerja keras hanya mampu mengorek separas lutut, “ujarnya.

Kejadian aneh itu menyebabkan Wak Rin ingin tahu latar belakang si mati dan setelah menjalankan penyiasatannya sendiri dia mendapati semasa hayatnya si mati ini suka mengalih batu pancang tanahnya ke dalam kawasan tanah orang lain.

“Dia akan melarikan batu pancang tanahnya bermeter-meter ke kawasan tanah jirannya. Perangai buruknya itu memang terkenal di kalangan jiran-jiran dan juga orang yang ada tanah bersebelahan dengan tanahnya.

“Barangkali Allah nak tunjukan bahawa perbuatan melarikan batu pancang itu salah dan berdosa, maka kuburnya tidak boleh dalam seperti orang biasa. Kejadian tersebut menjadi peringatan untuk orang yang masih hidup supaya jangan suka mencuri tanah orang dengan cara mengalih batu pancang kekawasan tanah jiran sebelah, “cerita Wak Rin.

Satu lagi kejadian aneh pernah dialaminya juga sekitar tahun tujuh puluhan juga di Segambut. Tiga bulan kemarau tanpa setitik hujan dan kubur itu di atas bukit tetapi kubur itu dipenuhi air.

Katanya,dia benar-benar terkejut sebaik berjaya menggali separas lutut tiba-tiba kubur tersebut berair. Entah dari mana datangnya air tersebut tidak diketahui kerana pada musim kemarau di atas bukit mustahil ada mata air.

“Mahu tak mahu, saya terpaksa menggali juga kubur tersebut dengan perbagai persoalan terutama sekali punca air. Tiga bulan tidak ada hujan tetapi kubur tersebut terpaksa pula ditimba, “cerita Wak Rin.

Katanya, kubur tersebut ialah kubur untuk seorang perempuan berketurunan Pakistan. Dia terpaksa mejelaskan hal tersebut kepada anak wanita tersebut dan setelah anaknya bersetuju untuk dikebumikan di kubur itu dia tidak ada pilihan lain.

“Kalau pada musim hujan memang perkara biasa kubur berair tetapi pada musim kemarau di atas bukit bagaimana kubur boleh dipenuhi air sehingga terpaksa ditimba pula untuk memasukkan jenazah itu, “ujar Wak Rin.

Menurutnya,dia mendapat tahu ketika hayatnya perempuan ini selalu dengki dengan jiran. Ketika mengambil air di paip yang dikongsi bersama jiran-jiran dia dengki, lama-lama dia mengunakan paip tersebut supaya orang lain tidak dapat air.

“Mungkinlah Allah hendak memberi petunjuk bahawa perbuatan itu tak baik maka kuburnya dipenuhi air kerana dia terlalu tamak dan dengki terhadap jiran-jiran, “ujar Wak Rin mengakhiri perbualan.






By: Wansite
Kredit-mastika
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar