-->

Ketahui apa berlaku pada malek noor di Masjid Quba di Madinah


Bagi Datuk Malek Noor, 58, pemergiannya ke Makkah bersama isteri tercinta, Datin Dr Wan Asma Wan Ismail, 53, awal Oktober lalu untuk menunaikan rukun Islam kelima satu pengalaman yang cukup indah.

Keajaiban Berlaku Ke Atas Malek Noor di Masjid Quba 

Masih jelas terbayang di ruang matanya betapa segala urusan dipermudahkan tanpa sebarang halangan. Bukan untuk mendabik dada apabila bercerita perkara sebegitu, tetapi kata bekas jaguh bina badan tersohor ini, niatnya sekadar untuk berkongsi pengalaman manis.
Sepanjang tiga minggu berada di Tanah Suci, banyak peristiwa ditempuh Malek, yang nyata banyak membuka matanya mengenai kebesaran Tuhan.

“Sebelum pergi menunaikan haji, kaki kiri saya memang sakit, malah sudah empat kali menjalani pembedahan. Akibatnya, saya tak boleh nak duduk antara dua sujud dan terpaksa menggunakan bangku apabila mahu sembahyang.

“Suatu hari, ketika mengunjungi Masjid Quba di Madinah, saya berpeluang untuk solat betul-betul di bawah kubah yang juga pernah menjadi tempat ibadat Rasulullah.

“Selepas saya sembahyang di situ, tiba-tiba berlaku keajaiban apabila kaki kiri saya sudah tidak lagi sakit, dan saya sudah boleh duduk antara dua sujud dengan sempurna sehinggalah ke hari ini,” cerita Malek dengan penuh teruja.





Kredit
By: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar