Kereta pelawak nabil dipecah perompak-nabil ketika ditemui di sidang media
Anugerah Industri Muzik ke-20 pada Selasa bagaimanapun melahirkan rasa
syukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku terhadap
keluarganya walaupun dia kehilangan sebuah beg galas dalam kejadian
kira-kira jam 11.40 malam itu.
“Sewaktu kejadian, saya, isteri serta anak baru sahaja selesai
menikmati makan malam di sebuah restoran milik kawan. Ketika menghampiri
kereta, isteri ada terpijak serpihan kaca, namun waktu itu kami tak
sedar lagi kereta telah dipecah masuk. Sewaktu mengundurkan kereta, baru
saya perasan cermin belakang kereta saya telah pecah,” ujar Nabil ketika menceritakan kembali detik tersebut.
“Ini kali pertama kejadian sebegini
berlaku pada diri saya dan saya akui ia silap saya juga. Saya tak patut
tinggalkan beg di situ dan mungkin penjenayah ingat ada barang berharga
dalam beg tersebut. Sebenarnya hanya ada baju dan pengecas telefon
bimbit sahaja dalam beg tersebut.
Tapi nasib saya tak baik juga sebab kad pengenalan saya turut ada
dalam beg berkenaan kerana saya baru balik dari gim petang itu. Apapun,
saya bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan saya
menghalalkan apa saja yang diambil penjenayah. Namun dia kena ingat,
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” ujar Nabil
yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara sejurus
selepas kejadian.“Tidak dinafikan saya risau juga kerana kad pengenalan ada tertera alamat rumah. Jadi, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberitahu pengawal keselamatan di kawasan rumah supaya memaklumkan saya jika ada orang yang tidak dikenali ingin datang ke rumah. Apapun, saya tidak pasti jika saya ada musuh, namun jika saya ada buat salah dengan sesiapa, saya minta maaf,” ujar Nabil mengakhiri perbualan
Artikel
Kredit