-->

Kedai dan restoran 24 jam adakah patut ditutup

Kedai dan restoran 24 jam adakah patut ditutup- Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kewujudan kedai dan restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti dan membendung peningkatan kes jenayah di negara ini.
Kedai dan restoran 24 jam

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Sulaiman Abdul Manan, berkata kajian itu perlu meliputi aspek sosial masyarakat, keselamatan dan kesihatan.

"Perkara ini kita kena adakan satu kajian. Kenapa harus kita mengadakan kedai 24 jam ini? Kalau kita lihat di luar negara tak ada pun kedai makan 24 jam, yang ada pun mungkin 7Eleven. Jadi kerajaan kena teliti semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Program Jelajah Media Pulau Pinang: Pencegahan Jenayah', di sini hari ini.

Sulaiman berkata kewujudan kedai dan restoran 24 jam itu bukan sahaja mendorong masyarakat kepada amalan gaya hidup yang tidak sihat, malah ia juga mendedahkan mereka kepada ancaman jenayah.

"Ibu bapa juga boleh mengawal pergerakan anak-anak mereka terutama pada waktu malam. Lambakan kedai-kedai 24 jam boleh mendorong generasi muda untuk melepak sekaligus terdedah dengan gejala negatif," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Sulaiman menasihatkan media supaya tidak memperbesar dan menokok tambah sesuatu isu, yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara.

Katanya laporan sebegitu boleh memberikan imej buruk Malaysia kepada negara luar sekaligus menyekat kedatangan pelancong ke Malaysia.

Program Jelajah Media anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat mengenai isu-isu nasional yang memberi impak kepada negara.

P/s : Adakah patut ditutup kedai 24 jam dimalaysia ?


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Bernama
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar