-->

Isu saman AES akan dibentang

Isu saman AES akan dibentang-pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata kementerian itu berharap dapat membentangkan isu saman trafik yang dikeluarkan sebelum 18 September di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menjelang minggu depan.
Laporan sebelum ini menyebut perkara itu akan dibawa kepada Kabinet dan isu berkenaan terlewat sedikit untuk didengar bagi membolehkan kementerian memutuskan platform yang sesuai untuk membuat keputusan berhubung perkara itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas melancarkan empat kren pangkalan baharu Northport (Malaysia) Bhd. di sini hari ini.
Pada 18 September tahun ini Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan AES bersetuju untuk mengurangkan kadar kompaun kepada minimum RM150 berbanding RM300 sebelum ini.
Hishammuddin berkata, menerusi Majlis Ekonomi itu, kementerian berkenaan akan membentangkan isu saman trafik dan mencari jalan penyelesaian berhubung pesalah trafik yang membayar jumlah penuh RM300 kerana kesalahan trafik mereka sebelum 18 September.
Selain isu saman trafik, beliau berkata kementerian itu akan mengemukakan cara untuk menyelaraskan peranan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta memastikan semua undang-undang yang berkaitan dipatuhi.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Bernama
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar