-->

Hanez suraya telah saman bekas pembantu peribadinya

Hanez suraya telah saman bekas pembantu peribadinya- seorang selebriti iaitu Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Menurut Hanez:-



 Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’. Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,”

 Hanez mendakwa dia tidak menyedari Mohd Fairus bercerita perkara buruk tentang dirinya di laman sosial, namun menyedari perkara itu setelah diberitahu oleh rakan beliau yang lain. Pada mulanya Hanez mendiamkan diri, tetapi disebabkan keadaan menjadi semakin teruk, Hanez mengambil keputusan untuk memfailkan saman.

Sebelum ini, pada bulan Oktober lalu, saya ada menghantarkan surat sebelum tindakan ‘Letter of Demand’ kepada Mohd Fairus menerusi peguam saya, Tetuan Harjit Sandhu. Namun begitu, dia enggan menandatangani salinan surat tersebut sebagai bukti dia telah menerima surat tersebut. Surat tersebut mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepada saya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut.
Selepas itu, Mohd Fairus ada berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada saya. Dia telah memuat naik permohonan maaf menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya. Selepas permohonan maaf, saya ingatkan perkara ini telah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit, namun begitu tanggapan saya ternyata salah. Dia masih memfitnah dan mengaibkan saya seperti biasa.

Tujuan saya memberikan kenyataan kepada GUA adalah untuk pihak Mohd Fairus mengambil perkara ini secara serius. Saya telah lama mendiamkan perkara ini dan saya tidak langsung menceritakannya kepada pihak media. Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya. Saya juga telah berusaha untuk menghantarkan surat ‘Letter of Demand’, tetapi pihak Mohd Fairus tetap kembali mengaibkan saya. Hari ini Mohd Fairus atau wakilnya tidak menghadirkan diri ke Mahkamah. Mungkin isu ini dianggap ringan oleh pihak Mohd Fairus, tapi sebenarnya perkara ini adalah sangat berat.

Saya berharap, selepas ini biar pihak peguam saya menjalankan tugas. Jika perkara ini menjadi semakin teruk, saya akan mengadakan sidang media bersama peguam saya untuk menjelaskan secara lebih terperinci. Buat sementara ini, saya tidak mahu menghebohkan lagi perkara ini. Biar kenyataan ini menjadi satu-satunya kenyataan saya buat masa ini. Takut nanti jika ada banyak kenyataan lain, perkara akan menjadi makin serius. Lebih-lebih lagi perkara telah dibawa ke mahkamah. Biar pihak berwajib menjalankan tugas.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar