-->

Gadis mohon maaf atas maklumat penemuan najis manusia direstoran

Gadis mohon maaf atas maklumat penemuan najis manusia direstoran -Seorang gadis muncul minta maaf atas kejadian penyebaran maklumat yang tidak betul.Ia membabitkan penyebaran maklumat palsu di laman sosial Facebook kononnya sebuah restoran nasi kandar di Ipoh diserbu pihak polis ekoran penemuan najis manusia di tempat memasak berakhir dengan kemunculan seorang gadis membuat permohonan maaf malam kelmarin.

Gadis mohon maaf atas maklumat penemuan najis manusia direstoran


Menggunakan nama Ze Aida, gadis berusia 23 tahun itu memberitahu, dia tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey Greentown sehingga menjejaskan imej dan perniagaan restoran berkenaan.
Wanita itu mendakwa isu tersebut tercetus selepas dia menyalin status seorang pemilik akaun Facebook lain mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey ke akaun Facebook miliknya.

Status Facebook tersebut berbunyi: "Polis baru saja menyerbu restoran vanggey (nasi ganja) % mendapati terdapat 'najis manusia' di dlm peti simpan mknn yang dipercayai untuk salut periuk dgn tujuan ilmu penunduk (ilmu hitam)...patutlah restoren tu x penah kekeringan manusia..apa yg sdp sgt pon x tau lah..euww lah patutlah aku x berkenan!."

Selepas memuat naik status itu pada Khamis lalu, Ze Aida dari Bandar Lahat Baru, Lahat di sini berkata, ada pihak lain telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkan maklumat itu secara meluas menerusi telefon pintar dan internet.
Penyebaran maklumat palsu itu menyebabkan pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey menuntut Ze Aida, seorang graduan ijazah, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak restoran sambil disaksikan wakil media.
Majlis permohonan maaf tersebut diadakan pada sidang akhbar di restoran itu pukul 10.30 malam kelmarin.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar