-->

Filem seram Highland Tower berjaya dapat 2.1 juta seminggu ditayangkan

Filem "Highland Tower" Berjaya Kutip RM2.1 Juta Seminggu | Filem seram terbaru arahan pengarah popular, Pierre Andre "Highland Tower" berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM2.1 juta dalam tempoh seminggu tayangannya.

Highland Tower , seram   

Walaupun terpaksa bersaing dengan filem Hollywood, "Thor: The Dark World" dan berdepan pembatalan tayangan berikutan kejadian penonton diserang histeria, Penerbit MIG Pictures, David Teo berkata, dia sendiri terkejut dan tidak sangka filem tersebut akan mendapat sambutan penonton.

"Berbeza dengan filem kami yang lain, "Highland Tower" hanya dibuka di 49 pawagam dengan purata tayangan lima tayangan sehari.

"Nampaknya walaupun bersaing dengan filem "Thor: The Dark World" yang mempunyai 30 tayangan sehari, filem ini tetap menarik penonton malah ramai mengeluh kehabisan tiket.

"Kalau ikutkan jumlah kutipan, ia sepatutnya lebih daripada itu. Di Brunei, pempamer terpaksa memulangkan tiket untuk dua tayangan kerana penonton histeria. Setakat ini kami menerima hampir 10 laporan mengatakan ada penonton meracau ketika menonton filem ini. Apa pun kejadian ini bukan halangan untuk penonton," katanya kepada Hip.

Pada masa sama, David juga sempat berpesan kepada penonton yang lemah semangat supaya tidak menonton filem "Highland Tower".

"Saya perlu jujur dan tidak boleh memikirkan keuntungan saja. Melihat ada histeria, muntah dan pening, lebih baik saya ingatkan mereka yang lemah semangat untuk tidak ke pawagam. Namun saya yakin, ramai yang tidak sabar mendapatkan tiket."


Artikel
Link Manfaat
By: Wansite
Sumber :http://www.tupai.com.my/2013/11/highland-tower-berjaya-kutip-rm21-juta.html
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar