-->

Di indonesia bayi dilahirkan 10 ribu setiap hari


Jakarta: Kekurangan buku daftar perkahwinan di beberapa daerah di negara ini mungkin menunjukkan masalah demografi serius akibat kurang perancangan keluarga.
Sri Moertiningsih Adioetomo dari Institut Demografi Universiti Indonesia berkata, kerajaan terlalu lambat bertindak menghadapi perubahan dalam trend populasi termasuk peningkatan dalam jumlah pasangan yang berkahwin muda.

Katanya, kekurangan buku pendaftaran perkahwinan mendedahkan sikap lepas tangan kerajaan terhadap perubahan demografi terutama membabitkan jumlah pasangan muda yang meningkat.

“Kami mendapati golongan tidak berpendidikan yang kebanyakannya di kawasan pedalaman berkahwin selepas tamat sekolah tinggi,” katanya.

Katanya, jika trend ini berterusan negara itu akan mengalami peningkatan penduduk dalam dekad akan datang.


Ditambah dengan kadar kematian yang rendah dan penjagaan kesihatan yang semakin baik, Sri berkata, Indonesia mungkin melihat ledakan populasi antara 2020 dan 2030.

Sejak kebelakangan ini pihak pentadbiran tempatan di beberapa kawasan di negara itu kehabisan buku daftar perkahwinan mengakibatkan ribuan pasangan baru berkahwin terpaksa mendapatkan dokumen perkahwinan sementara.

Sementara itu, Agensi Populasi dan Perancangan Keluarga Kebangsaan (BKKBN) berkata, negara itu bakal menghadapi peningkatan populasi dengan kadar 1.49 atau 4 hingga 5 juta orang setahun.

“Ini bererti 10,000 bayi dilahirkan setiap hari,” kata pengerusi BKKBN Fasli Jalal yang dipetik agensi berita Antara. Beliau mengakui agensi itu gagal mencapai sasaran bagi mengurangkan kadar kesuburan seperti ditetapkan perancangan pembangunan jangka sederhana mengikut laporan awal survei demografi dan kesihatan Indonesia 2012. 
sumber-http://www.hmetro.com.my






By: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar