-->

Wanita mati ditikam seorang lelaki tekanan jiwa berhampiran LRT taman melati


LRT Taman Melati/ File pic: UtusanLRT Taman Melati/ File pic: UtusanKUALA LUMPUR: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.





-Berita Harian

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar