RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.
 Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah
 kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama 
untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan 
dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan 
ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia 
diberikan secara percuma. 
 
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak
 boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu 
penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Namun, itulah sifat penyakit kronik.
 Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan
 harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai 
ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan 
masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum
 menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih 
berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan 
membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari 
badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh 
menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang 
tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru
 dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani 
pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian 
darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.
Semua orang perlu menjalani pemeriksaan 
kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga
 menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana 
mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter
 diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan 
protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, 
pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia 
antara petanda awal kegagalan buah pinggang.
Masalah kegagalan buah pinggang yang 
semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya 
hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada 
penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.
Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.
Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.
Kencing manis juga menyebabkan 95.3 
peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang 
kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.
Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.