Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke
Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan
dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang
berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika
membaca hadis Nabi saw,
Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895). Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit-here
“Jika seekor anjing menjilat perkakas
rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh
kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”
Sejenak dia berdiam menatap hadis itu.
Dalam dirinya mula timbul soalan-pertanyaan: Perintah mencuci tujuh
kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa
Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah
dengan memakai air sahaja sudah cukup?
Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian
dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu
mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan
mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di
tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk
menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat
ditempat tersebut.
Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci
tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata,
kuman-kuman telah hilang seluruhnya.
Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895). Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?
Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.
Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut
mengukuhkan nya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut
bersamanya ke Kaherah.
Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..
Wallahu a’lam bishawab
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit-here