-->

Pelakon Neelofa mahu meninggalkan dunia seni sebelum mencecah usia 30 tahun

Pelakon dan pengacara Neelofa mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi tumpuan dalam bidang perniagaan dan rumah tangga yang bakal dibinanya sebelum mencecah usia 30 tahun.
 
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia tidak percaya bakatnya akan diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana ketika itu sudah ada pelakon-pelakon baharu yang lebih menjadi perhatian.
 
“Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun,” katanya.
 
Neelofa berkata, dia tidak menyesal membuat keputusan berkenaan memandangkan ketika ini semakin ramai artis baharu muncul dan tentunya pada masa depan, pelakon lain lebih menonjol sebagaimana yang dialami pelakon senior lain ketika ini.
 
Ujarnya, sebagai permulaan dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan termasuklah memperkenalkan produk penjagaan kesihatannya iaitu Bellavita.
 
Pengacara rancangan Nona dan Meletop ini turut membayangkan akan mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun.
 
“Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan,” jelasnya sambil memberitahu buat masa ini masih belum mempunyai teman istimewa.
 
Kredi foto Faisol Mustafa.
 
Dalam perkembangan lain Neelofa berkata dia sudah mendapat surat tawaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di New York Film Academy, di Los Angeles, Amerika Syarikat.
 
Neelofa akan mengambil kursus dalam bidang lakonan selama sebulan bermula 6 Januari 2014.
 
 
sumber : mStar online
 
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar