Pelakon Jue Aziz atau Zuliana Abd Aziz, 30, didakwa sedang hangat bercinta dengan pelakon baru, Syafiq Kyle kerana dilihat sering keluar bersama di khalayak ramai.
Menerusi mStar, Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Syafiq Shamim Abdul Razak, 21, mengakui memang rapat dengan Jue Aziz namun mereka hanya kawan biasa dan tidak lebih dari itu.
"Saya dengan dia (Jue) memang berkawan. Benar kami pernah keluar bersama dan perkenalan kami bermula selepas saya berkawan dengan pengurus peribadinya. Saya rasa tidak ada apa-apa masalah pun dengan hubungan itu kerana kami hanyalah teman rapat."
Terdahulu, Jue dan Syafiq dikhabarkan sering keluar bersama selain kedua-duanya saling memuatkan beberapa foto di dalam laman sosial Instagram peribadi masing-masing.
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Sumber