Waktu
terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu
dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih
utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.
Selepas
banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula
tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang
ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaituSaidina Hamzah RA kerana
diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.
Jasadnya
masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya
akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih
seribu tahun.
Dan
yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan
hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang
sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke
Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.
Sebuah
“Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga
“Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud
Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian
ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di
perang Uhud.
Bagaimana
mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana
jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan.
Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW
kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.
Berikut
adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang
peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan
kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada
kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur
syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah
kawasan perkuburan yang terkenal.
Kerana
dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para
ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau
berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya
besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia
meletakkan tangannya di atas perutnya.
Ketika
kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku
menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di
Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti
secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan
kita semua ke darjat para syuhada.
Syaikh
Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang
berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.”
SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah.
Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.
Betapa
utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada.
Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang
tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di
surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Selamat
bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib
RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan
Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku
memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang
yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.
Sungguh
aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau,
disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka
lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’
Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.
Ia
dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi
hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur
bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan
mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama
kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )
Petikan
hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang
Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya
tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat
seharusnya sudah hancur.
Penelitian
membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata
mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai
terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh
menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati
5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.
Organ-organ
tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari
buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman)
CATATAN –
Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46
Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya
mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.
Kredit