-->

Janda ditangkap bersama dengan mat bangla

Ibu tunggal yang dicekup dengan lelaki Bangladesh di hotel murah dekat Dungun pagi semalam dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut./Pic:Sinar HarianIbu tunggal yang dicekup dengan lelaki Bangladesh di hotel murah dekat Dungun pagi semalam dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut./Pic:Sinar HarianPAK SABAH: Hasrat seorang ibu tunggal untuk bernikah di Selatan Thailand dengan lelaki Bangladesh terbantut apabila dia terlebih dahulu ditahan bersama teman lelakinya itu ketika memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat sini, pagi semalam.
Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.

Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.

Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.

Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.

Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.

Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.



-Sinar Harian
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar