Orang
dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi
kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula
bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah
antara empat hingga lima jam sehari.
Berwuduklah sebelum tidur
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda
Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu
seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jauhkan
diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu
perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan
mengurangkan rezeki.
Ibn
Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau
berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan
berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis
juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model
terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi
Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Pakar
perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring
dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan
muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak
Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta
tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan
rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya,
Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu
mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi
Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan
Allahuakbar.
Itu
adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan
serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah
digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum
tidur bagi mengelak gangguan.
Jangan tidur atas pokok!!
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.