-->

Betul ke siti Saleha bercinta dengan jejaka Eropah

FIGURA jelita ini baru-baru ini bercuti di Eropah selama sebulan.


SETELAH hubungan cinta dengan bekas penjaga gol bola sepak Malaysia, Syed Adney Syed Hussein, kisah yang mengaitkan pelakon Siti Saleha Mohd. Baharom, 23, dengan lelaki tidak lagi kedengaran.
Setiap kali bertemu dengan pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nora Elena itu dalam mana-mana acara hiburan, dia lebih suka mengunci mulut apabila ditanya tentang lelaki.
Bagaimanapun, dalam sesi fotografi yang diaturkan bersama-sama Kosmo! untuk mempromosikan filem Balada Pencinta kelmarin, Saleha telah mengakui hatinya kini telah ditawan oleh seseorang.
“Ya, saya tidak nafikan kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang dikenali kira-kira tiga bulan lalu. Dia merupakan lelaki yang berasal dari Eropah, tetapi bekerja di Malaysia.
“Detik perkenalan bermula ketika kami sama-sama menghadiri acara makan malam yang dianjurkan oleh seorang rakan,” ujar adik kepada vokalis utama kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar atau lebih dikenali sebagai Sam.
Apabila diminta menceritakan dengan lanjut mengenai hubungan yang terjalin itu, Saleha mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita kerana hubungan yang terjalin masih lagi terlalu awal.
Memberitahu bahawa ikatan cinta antara dia dan jejaka tersebut mula terjalin selepas sebulan perkenalan, Saleha menyatakan, mereka kini sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Kalau boleh saya tidak mahu mendedahkan identiti jejaka berkenaan memandangkan hubungan kami masih awal dan setakat ini saya cukup selesa bersama dengannya,” jelasnya.
Biarpun sudah menemui cinta yang baharu, pelakon berkenaan menjelaskan dia masih lagi belum terfikir ke arah hubungan yang lebih serius memandangkan usianya yang masih lagi muda.
Menurutnya, dengan karier lakonan yang semakin berkembang, dia merasakan bahawa langkah terbaik yang perlu dilakukan adalah memberi sepenuh tumpuan dalam bidang kerjaya yang diceburi.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perkembangan terbaharu sekarang ini, Saleha menyatakan dia bakal tampil dengan filem berjudul Balada Pencinta arahan Khir Rahman yang bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Oktober ini.
“Dalam filem berkenaan saya membawakan watak bernama Aisah, seorang gadis yang jatuh cinta dengan penyanyi jalanan, Amir yang dilakonkan oleh Johan As'ari.
“Ia kali pertama saya bergandingan dengan Johan dan antara sebab utama saya menerima tawaran berlakon filem ini kerana ia memaparkan kisah cinta yang unik dan berbeza dengan filem-filem cinta lain,” ujarnya yang muncul dalam filem KL Zombie dua bulan lalu.
Bercuti
Selain mendedahkan tentang kisah cinta dan kerjaya lakonannya, pelakon jelita tersebut turut bercerita tentang percutiannya selama sebulan di Eropah baru-baru ini.
Meskipun tujuan utamanya mahu melawat ahli keluarga di sebelah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri lalu, kesempatan tersebut digunakan untuk melawat ke beberapa buah negara Eropah lain.
“Selain melawat saudara-mara di England saya berkesempatan berkunjung ke Sepanyol dan Portugal. Tujuan saya ke sana kerana mahu melawat tempat-tempat bersejarah seperti bangunan peninggalan Islam.
“Biasanya kalau kebanyakan orang suka membeli-belah kalau pergi melancong ke Eropah, tetapi saya lebih suka mengunjungi tempat-tempat sedemikian kerana saya memang individu yang minat dengan sejarah,” jelasnya yang merancang untuk bercuti Greece dan Turki.

sumber: kosmo.com.my
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar