Rumah-rumahnya dibina seragam dengan luas petak tanah yang sama sehingga kelihatan rapi. Tidak ada rumah yang lebih mewah daripada rumah-rumah yang lain, tidak ada yang halamannya lebih luas daripada yang lain. Sama rata sama rasa.
Kononnya, nenek moyang penduduk desa Mantar adalah berbangsa Portugis. Pada tahun 1814 kapal mereka terdampar di pesisir pantai di bawah bukit Mantar. Mereka yang selamat naik ke puncak bukit, dan sejak itu menetap disana.Ada satu tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka ,Yaitu tradisi lumba ayam yang sudah berlaku sejak turun-temurun .
Ayam-ayam dihias, hiasan itu namanya "JAMBO,"sebgai tanda ia adalah ayam pelumba. Fungsinya untuk memasang "Noga", alat yang diperbuat daripada rotan berukuran 50-60 cm untuk menyatukan dua ekor ayam. Selain noga dan jambo, ada satu lagi alat yang digunakan buat pelumbaan ayam: "Lutar." Lutar tersebut dibuat dari rotan dengan hujung yang dibelah dan letakan plastik yang berambu, fungsinya untuk mengibas ayam supaya lari.
Cara permainnya sederhana. Dua ekor ayam digiring menuju garis penamat yang sudah ditetapkan sebuah patok kayu setinggi 20-30 cm"SAKA." Noga, rotan penghubung kedua ayam itu, harus mengenai saka tersebut "rotan yang di ikat diantara dua ekor ayam"jika tidak kena, bererti kalah. Mengejar ayam ini melucukan, kadang kala pengejar ini jatuh bertempiaran gara-gara mengejar ayam.
Ayam-ayam pelumba ini penjagaannya juga special. Mereka dilatih secara khusus, baik dari segi fizikal mahupun mental. Selain latihan fizikal mental, mereka juga dilatih keseimbangan dan latihan berlari. Sehari sebelum bertanding, biasanya ada ritual tertentu yang dilakukan para pemilik ayam ini. Ayam-ayam ini dimandikan sambil dibacakan mantera .. Masing-masing pemilik ayam mempunyai ramuan rahsia untuk meningkatkan kesaktian si ayam, bentuknya seperti pil atau minyak ajaib. Yang paling pelik,, ayam ini diajak berbual dari hati ke hati oleh pemiliknya.
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging :)
Sumber