-->

Pasar jual daging ular kelawar tikus


Pelik manusia ini yang dilarang itu mereka minat makan.Ini dikaitkan dengan
Pasar Beriman Tomohon di Sulawesi Utara sekilas kelihatan seperti pasar tradisional seperti pada umumnya. Ada yang menjual daging , ikan , sayur- sayuran , serta bahan makanan dan barang dapur . Namun apabila kita melangkahkan kaki lebih jauh lagi ke dalam pasar , kita akan menemui peniaga-peniaga yang pelik yang menjual binatang yang tidak patut dimakan.

Bandar Tomohon yang dapat ditempuhi sekitar satu jam dari bandar Manado ini merupakan salah satu tarikan di Sulawesi Utara kerana alamnya yang indah. Bandar ini terletak di antara Gunung Mahawu dan Gunung Lokon .

Nah , Pasar Beriman Tomohon adalah salah satu destinasi pelancongan . Pasar ini selalunya ramai pembeli tiap hari dan intensitasnya akan meningkat saat akhir pekan seperti Sabtu- Ahad. Pada Sabtu dan Ahad biasanya jalan menuju pasaran akan kesesakan kerana banyaknya pengangkutan awam dan kereta peribadi yang bergerak menuju pasar ini.
Apa yang menarik dari pasar ini? Di samping menjual pelbagai keperluan sehari -hari, pasar ini juga menjual pelbagai jenis daging dan binatang. Dan binatang yang dijual tidak akan anda dapati di pasar - pasar tradisional lain di Indonesia. Binatang- binatang ini , baik yang dijual dalam keadaan hidup atau sudah mati , biasa dijadikan santapan bagi penduduk sekitar Tomohon .


 daging babi

Binatang pertama yang terlihat adalah babi yang sudah mati. Babi ini diangkut dengan basikal motor oleh peniaganya . Daging babi ini masih segar dan ukurannya sangat besar. Apabila anda melangkah masuk ke pasar maka anda akan melihat longgokan tikus yang telah dibakar . Nampaknya tikus menjadi salah satu barang dagangan yang cukup laris, kerana banyak peniaga yang menjajakan binatang ini.



Daging tikus bakar

Babi hutan pun dijual di pasar ini. Berbeza dengan babi ternak yang ukurannya besar dan berwarna putih , saiz babi hutan lebih kecil dengan bulu berwarna hitam. Sebahagian sudah di buang kulit, dan sebagian lainnya masih segar.

Ada pula satu peniaga yang menjual ular sawar dan sudah disembelih . Kelihatan beberapa pembeli tengah menunggu daging ular dipotong dan ditimbang . Kelawar juga dijual sebagai bahan masakan , sayapnya sudah dipisahkan dari tubuhnya.



Daging ular sawa


Binatang lain yang seolah-olah juga banyak dijual di Pasar Tomohon adalah anjing. Ada anjing -anjing yang masih hidup yang akan dibunuh dengan cara dipukul oleh penjualnya bila ada pembeli. Ada pula anjing- anjing yang sudah dibakar dan disiat kulitnya . Anjing -anjing ini dibakar dalam keadaan segar . Sesiapa yang tidak pernah melawat pasr unik ini pasti akan merasa ngeri.

Yang juga menyeramkan adalah kucing bakar. Kucing- kucing tersebut juga telah diberi berbagai macam perisa tradisional. Satu ekor kucing dijual dengan harga Rp 100 ribu. Tidak seperti  peniaga haiwan " eksotik " yang lain , sebab hanya ada satu peniaga saja yang menjual kucing.





Kepala babi dan daging anjing bakar
daging kelawar

Menurut masyarakat setempat, hanya babi dan anjing yang cukup umum digunakan di wilayah Sulawesi Utara. Kucing dan tikus merupakan bahan masakan khas Tomohon saja . " Kebanyakan yang makan kucing adalah anak muda. Setiap suku dan daerah memang mempunyai makanan khas yang dan kebudayaan yang berbeza-beza. Dan inilah yang membuat Indonesia sangat kaya dengan makanan yang pelik dan unik Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda.

Terima kasih kerana baca blog ini.
Sumber



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar