-->

Pantai yang terindah di Asia Tenggara


Sebagai seorang usahawan yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja serta urusan-urusan untuk menguruskan pejabat, kadangkala anda memerlukan rehat untuk kembali bersemangat ibarat bateri yang perlu dicaj.
Jika anda ingin bercuti untuk merehatkan minda dari sebarang urusan bisnes, di manakah tempat yang biasa anda tujui?
Jika anda masih tiada idea, tidak mengapa. Menurut CNN, terdapat lebih 100 pantai yang terindah di seluruh pelusuk dunia untuk bercuti. Berikut antara pantai-pantai yang indah di seluruh Asia Tenggara dan terbaik untuk merehatkan diri anda sekeluarga.

#1 – Pulau Palaui, Lembah Cagayan, Filipina

Pasir putih yang memenuhi batu-batuan gunung berapi dan air laut yang hijau kebiruan disamping taman batu karang yang indah ini mengalu-alukan para penyelam. Pantai ini memiliki kecantikan semulajadi dan tidak mempunyai trek khas untuk sampai ke sana.

Palaui,-Lembah-Cagayan

#2 – Pulau Perhentian, Malaysia

Mempunyai dua pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang memiliki lebih banyak tempat menginapan, pulau ini antara pulau yang terindah dan memberikan ketenangan kepada para pelancong. Terdapat penyu dan jerung kecil di perairan biru di luar Pulau Perhentian Kecil.
perhentian-island

#3 – Pantai Nihiwatu, Sumba, Indonesia

Ia antara pantai yang sempurna untuk para pelancong walaupun jauh. Pantai ini dilengkapi pasir yang bersih, air yang jernih, kurang pelancong serta pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.
Nihiwatu,-Sumba-island

#4 – Teluk Maya, Ko Phi Phi, Thailand

Walaupun pantai ini penuh dengan kehadiran pelancong, Teluk Maya tetap sebuah tempat pelancongan yang sempurna dengan pasir yang memutih dan penuh terumbu karang untuk aktiviti snorkeling. Filem “The Beach” turut difilemkan di sini.
Ko-Phi-Phi-island

#5 – Pantai Juara, Pulau Tioman, Malaysia

Walaupun pantai ini kurang maju serta kurang dikenali seperti pantai di Thailand, pantai Juara di Pulau Tioman ini memberikan keindahan alam semulajadi dan memberikan suasana yang tenang kepada pelancong.
tioman-island

#6 – Pantai Sunrise, Koh Lipe, Thailand

Ia merupakan pantai yang menakjubkan di Thailand dengan perkhidmatan penginapan yang selesa dan pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan. Pulau ini antara pulau yang terkecil di mana anda boleh mengelilingi pulau ini hanya dengan berjalan kaki.
Sunrise,-Koh-Lipe-island

#7 – Pantai Canggu, Bali, Indonesia

Pantai ini menawarkan kesempurnaan kepada anda yang mahu berehat dan mencari inspirasi kerana keindahannya serta suasana pantai yang memukau. Kebanyakan dari pelancong merupakan pengembara dari seluruh dunia.
bali-island

#8 – Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia

Kebanyakan pelancong di Langkawi berduyun-duyun mengunjungi Pantai Cenang tetapi hakikatnya Tanjung Rhu mempunyai pemandangan alam yang indah dan memukau serta dipenuhi ketenangan.
tanjung-rhu

#9 – Pantai Phra Nang, Railay, Thailand

Railay merupakan tempat pilihan untuk pendaki berpengalaman kerana memiliki struktur batu kapur yang kukuh serta beratus-ratus laluan memanjat tebing. Railay cuma boleh diakses dengan bot dari Krabi dan Aonang.
Phra-Nang,-Railay-island

#10 – Haad Rin, Ko Pha Ngan, Thailand

Amat terkenal dengan parti bulan penuh dan ia merupakan antara pengalaman terindah sekali seumur hidup. Di sini terdapat banyak makanan-makanan yang lazat dan masyarakatnya juga peramah.
Ko-Pha-Ngan-island

#11 – Pulau Derawan, Indonesia

Perairan sekitar pulau derawan ini amat dikenali sebagai rumah kepada manta dan penyu hijau. Kebanyakan pelawat akan dapat melihat penyu ketika berada di tepi pulau ini.
Derawan-island-indonesia

#12 – Pantai Puka, Boracay, Filipina

Dikenali sebagai “syurga tropika”, merupakan pantai kedua terpanjang di Boracay dan sentiasa kosong pada kebanyakan masa kerana ketiadaan pusat peranginan di situ.
Boracay-island
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (122) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar