Sejarah perang saraf...
Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Sungguhpun begitu Parti Komunis
Malaya enggan mengiktiraf kemerdekaan ini dan masih menganggap Malaya
masih di bawah telunjuk Britain. Pada pendapat mereka Malaysia kini
menjadi negara vasal dengan Tunku Abdul Rahman menjadi boneka Inggeris.
Selepas Merdeka operasi perang saraf keatas komunis di seluruh Tanah
Melayu diteruskan. Operasi perang saraf ini sudah berlangsung sejak
Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ratusan juta helai pamplet
propaganda anti komunis ditaburkan di kawasan-kawasan yang dipercayai
menjadi kubu kuat komunis. Pada tahun 1949sahaja 3.75 naskah akhbar dan
50 juta pamplet propaganda digugurkan! Pada tahun 1956 pula 100 juta
pamplet propaganda digugurkan! Woah!
Operasi pengguguran pamplet propaganda dilakukan menggunaan pesawat C-47
Dakota, Taylorcraft Auster dan Vickers Valetta milik Royal Air Force.
Pamplet yang digugurkan memohon askar komunis supaya menyerah diri.
Sebelum Merdeka Tunku Abdul Rahman membuka tempoh pengampunan kepada
askar komunis yang menyerah secara sukarela. Selepas tawaran ini ditutup
pada tahun 1958, pamplet memaparkan mayat anggota komunis yang
terkorban pula digugurkan. Selain itu terdapat juga pamplet yang
menunjukkan hipokrasi anggota tertinggi PKM. Wajah anggota tertinggi
dengan wanita simpanan mereka adalah antara taktik perangs saraf yang
digunakan. Terdapat juga pamplet berbentuk ganjaran kepada anggota
komunis yang berjaya membunuh ketua mereka serta ganjaran berupa wang
kepada mereka yang menyerahkan senjata.
Selain penggunaan pamplet sistem audio juga digunakan. Pesawat C-47
Dakota dilengkapkan dengan sistem pembesar suara berkuasa tinggi
Magnavox. Sistem pembesar suara ini boleh didengari sejauh 3 batu
jauhnya.
Majoriti pamplet yang digugurkan adalah dalam bahasa Cina namum terdapat
juga pamplet dalam bahasa inggeris, melayu dan tamil. Orang besar yang
bertanggungjawab mejalankan operasi PsyOps pada waktu ini ialah Tan Sri
Dr C C Too. Tan Sri Too Chee Chew dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun
1920. Beliau bertugas di Unit Perang Saraf dari tahun 1951 sehingga
persaraan beliau pada tahun 1983. Beliau ialah otak yang memikirkan
taktik terbaik untuk memujuk ahli komunis untuk meletakkan senjata.
Sebelum kehadiran beliau taktik yang digunakan oleh British adalah
kurang efektif. Masalah pada waktu itu ialah pegawai British tidak
mempercayai kakitangan berbangsa cina yang mereka rasakan pro komunis.
Tan Sri Too pada awalnya meletak jawatan kerana keengganan pegawai
atasan British untuk berkongsi maklumat yang boleh digunakan sebagai
bahan propaganda. Beliau mengkritik taktik yang digunakan British yang
dirasakan kurang memahami budaya cina.
Selepas beliau menjadi ketua unit perang saraf Tan Sri Too menukar
taktik yang sedia ada. Pamplet propaganda yang dihasilkan kini bukan
berunsur fakta tetapi lebih kepad menunjukkan kegagalan komunis. Tan Sri
Too berkata orang cina tidak suka"dibacakan khutbah" tentang kebaikkan
pihak pemerintah tetapi lebih mudah mempercayai keburukan anggota PKM.
Beliau juga menyedari wang ialah cara terbaik untuk memujuk ahli komunis
yang kelaparan di tengah hutan. Selain daripada itu beliau mereka
pamplet yang bewarna seperti tanah dan pasir. Ini bagi memudahkan ahli
PKM yang ragu-ragu dengan perjuangan untuk menyorokkannya dari ketua
mereka. Sebelum ini pamplet bewarna merah digunakan. Pamplet propaganda
yang digugurkan ini berjaya dimusnahkan ketua berpangkat tinggi sebelum
dapat dibaca oleh askar PKM yang berpangkat rendah.
Kehebatan Tan Sri Too diiktiraf sehingga beliau dilantik menjadi
penasihat bahagian Psychological Warfare and Counter-Insurgency tentera
Amerika. Kepakaran beliau digunakan oleh tentera Amerika Syarikat ketika
Perang Vietnam.
Tan Sri Too dikurniakan pangkat Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong
Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1986. Beliau meningal dunia pada
tahun 1992.
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit- [+]