-->

Nabila masih trauma dengan kemalangan yang berlaku

PETANG Ahad lalu, hujan yang turun membasahi hampir kesemua negeri di Malaysia membawa cerita duka buat aktres Nabila Huda.
Aktres tersebut telah terbabit dalam sebuah kemalangan di Kilometer 71, Lebuh Raya Karak dekat Bentong sekitar pukul 3.20 petang.
Pada waktu itu, dia menumpang naik kenderaan pacuan empat roda milik rakan artis, Syazwan Zulkifli pulang daripada melakukan promosi drama Jodoh Itu Milik Kita di Karnival Planet Gempak Astro di Kuantan, Pahang.

Kenderaan tersebut dikatakan hilang kawalan akibat jalan licin lalu terbalik beberapa kali.
Bersama Nabila ialah anak kesayangannya, Keisha Laila Zaidi, berusia empat tahun.

Akibat kemalangan tersebut, Keisha patah tangan kiri dan luka-luka. Nabila pula mengalami luka serta menerima jahitan pada tapak kakinya selepas dia terpijak banyak kaca yang pecah sewaktu mahu menyelamatkan Keisha yang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
Sementara itu, Syazwan yang memandu turut mengalami kecederaan kecil.
Selepas kemalangan, mereka telah dikejarkan ke Hospital Bentong, Pahang sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Pakar Damansara, Selangor sebaik tiba di ibu kota.
Bagaimanapun, hanya Keisha yang dimasukkan ke hospital tersebut.

GAMBAR terbaharu Keisha Laila yang kini berada di kediaman Amy Search selepas dibenarkan pulang ke rumah.


Berbicara dengan Nabila melalui sistem WatsApp sehari selepas kemalangan, aktres tersebut memberitahu, dia masih trauma dengan kemalangan yang berlaku sekelip mata.
“Saya masih trauma dengan apa yang terjadi. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana walaupun kami semua cedera, namun selamat. Terima kasih atas doa semua orang terhadap kami,” ujarnya.

Tambahnya yang berehat seminggu daripada menjalani sebarang penggambaran, apa yang cukup menggusarkan dirinya adalah keselamatan anaknya, berbanding dirinya sendiri.
Tentang dirinya sendiri, Nabila menulis: “Saya hanya mengalami luka-luka pada beberapa bahagian badan manakala tapak kaki menerima jahitan kerana dimasuki kaca.

“Sekarang, badan baru terasa sakit dan saya sedang dalam perjalanan ke hospital untuk menjalani imbasan pada seluruh badan.”
Aktres berusia 29 tahun itu saat ditanya tentang tindakan bekas suaminya, Zaidi atau Eddie yang meluahkan rasa kecewa di halaman Twitter mengenai musibah yang menimpa anak mereka, hanya memberi jawapan ringkas.
“Sebagai ibu, saya sangat sedih apabila kejadian ini berlaku. Ia tidak dirancang tetapi sudah terjadi. Saya sedih. Tak apalah, biar dia mahu tulis apa.”
Sementara itu, Keisha kini menetap sementara di kediaman bapa Nabila, Amy Seacrh. Vokalis tersebut sewaktu dihubungi melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana biarpun anak dan cucunya mengalami kecederaan, namun apa yang penting mereka berada dalam keadaan selamat.

BEGINILAH kenderaan pacuan empat roda milik Syazwan yang terbalik beberapa kali dalam kemalangan membabitkan dirinya bersama Nabila dan Keisha di Lebuh Raya Karak dekat Bentong, Pahang, Ahad lalu.


“Keisha hanya mengalami luka dan selepas menjalani imbasan seluruh tubuh, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.
“Walaupun dia selamat, namun Keisha agak trauma dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, apa yang paling penting, cucu dan anak saya selamat,” ujarnya yang merancang untuk menjaga Keisha sehingga pulih dan menghantar cucu sulungnya itu ke prasekolah bersama anak bongsunya, Qaqa At-Tameemi, 4.

Pada masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian Juvana, Syazwan gagal dihubungi. Dia menutup telefon bimbitnya, namun sempat menulis beberapa perkembangan terkini menerusi laman Twitter miliknya termasuk memuat naik gambar kenderaan miliknya yang terbalik pada hari kejadian.

Malah, Syazwan yang sempat ‘diserang’ bekas suami Nabila, Eddie yang mendakwa dia bersikap tidak prihatin, membidas dengan menyatakan kekesalannya terhadap musibah yang telah menimpa mereka.
Antara petikan Twitter Syazwan kepada Eddie: “Saya bukan manusia yang tiada perasaan. Maafkan saya, saya faham perasaan awak dan saya juga kesal dengan apa yang terjadi.”

Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar