Harga minyak ron95 telah naik RM0.20 seliter.Ini kajian yang telah dijalankan seperti berikut.Harga runcit bahan petroleum Malaysia masih paling murah berbanding negara-negara jiran meskipun selepas kenaikan harga yang diumumkan semalam, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93)).
Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut memetik kajian yang dijalankan oleh Bloomberg bertajuk 'Highest and Cheapest Gas Prices by Countries' (Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara) yang menyatakan Malaysia berada pada kedudukan kelapan dalam menawarkan harga terendah.
1) Venezuela,
2) Arab Saudi,
3) Kuwait,
4) Mesir,
5) Emiriyah Arab Bersatu,
6) Iran,
7) Nigeria, dan
8) Malaysia
Kajian yang dijalankan pada Februari 2013 itu turut melihat Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand.
Ahmad berkata rasionalisasi harga minyak petrol RON95 dan diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adil dan terarah khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yang akan mendapat lebih banyak manfaat.
"Segalanya ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dan dengan pelarasan subsidi ini, kita ingin memberi tumpuan kepada subsidi terarah khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan kenaikan bantuan BR1M," katanya.
"Jangan terpedaya dengan hasutan politik yang mengambil kesempatan daripada isu ini sedangkan langkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat."
Ahmad berkata walaupun harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel.
Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petroleum bagi 2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion.
Bagi tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M.
Dalam pada itu, katanya kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak.
SUMBER
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda.
Terima kasih kerana baca blog ini.