Sebenarnya budaya pelik mampu menarik minat pelancong.Ini berlaku dilorong sempit berturap yang hanya beberapa minit dari hab 
pelancongan yang sibuk di Kathmandu, Durbar Square, seorang peniaga 
makanan, Uttam Manandhar giat menyediakan pelbagai hidangan seperti 
otak, tulang belakang dan buah zakar kerbau.
Modenisasi
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit
Hidangan itu mungkin kelihatan tidak 
menyelerakan bagi masyarakat Barat, namun bagi masyarakat etnik Newar, 
berkumpul di bhatti seperti itu merupakan sebahagian daripada amalan 
sosial silam yang telah tidak diketahui ribuan pelancong yang datang ke 
Nepal untuk mendekati budaya negara itu.
Kedai makan yang terletak di 
lorong-lorong sempit itu merupakan sebahagian daripada ratusan tempat 
makan dalam lubang dinding yang menyajikan minuman keras buatan sendiri 
dan pelbagai snek berasaskan daging kerbau.
“Ini merupakan makanan ruji masyarakat 
Newar. Saya rasa penduduk tempatan datang ke sini kerana makanannya 
murah, berkhasiat dan sedap,” katanya sambil sibuk menyediakan hidangan 
saraf tunjang dan usus goreng.
Hidangan
Kedua-dua bahagian lorong itu dipenuhi 
lubang-lubang yang meletakkan kedai makan yang hanya boleh dikenali 
melalui tirai dipenuhi kesan minyak yang menutupinya.
Di bahagian dalam kedai, sedozen hidangan
 Newar, yang terdiri daripada nasi tumbuk dan bahagian-bahagian seekor 
kerbau, disajikan kepada masyarakat tempatan lapar yang menikmatinya 
bersama arak beras yang dipanggil raksi.
Pelanggan membayar 100 rupee (RM5.10) untuk satu hidangan yang mengenyangkan, sementara dua gelas raksi berharga 40 rupee (RM2).
Hidangan-hidangan yang ditawarkan 
termasuk otak kerbau, phokso (paru-paru disumbat dengan daging cincang),
 kachila (daging mentah), kulit kerbau bakar, sup saraf tunjang dan usus
 goreng.
Menurut Uttam, walaupun pelancong 
berduyun-duyun mengunjungi kuil-kuil abad ke-17 dan tarikan-tarikan lain
 demi menikmati pengalaman sebenar Kathmandu, mereka jarang mengunjungi 
tempat makan ini.
“Tempat ini mungkin gelap dan tidak 
sebaik jika dibandingkan dengan kedai-kedai makanan lain di Kathmandu. 
Tetapi setelah mereka merasai keenakan sajian ini, mereka pasti akan 
tergoda,” ujarnya.
Sebuah bhatti biasa mungkin dikunjungi 60 orang pelanggan dengan meraih pendapatan bersih sebanyak 4,000 rupee (RM204) sehari.
Walaupun kos tenaga kerja rendah, pemilik kedai biasanya berperanan sebagai pelayan dan tukang masak.
“Kami amat sibuk pada lewat tengah hari 
dan petang kerana pelanggan kami, terutamanya masyarakat Newar, akan 
datang ke sini untuk makan dan bersosial,” jelasnya.
Sementara itu, di bawah sinaran sebiji 
mentol dalam sebuah bilik panjang yang dipenuhi meja dan kerusi kayu, 
seorang pelanggan, Narendra Gopal Shrestha, sedang menikmati sepinggan 
stu kentang dan jeruk kacang soya serta timun bersama cuka dan cili.
“Saya membesar dengan makanan Newar di 
rumah dan menikmatinya setiap hari. Sajian enak ini murah dan tidak 
terdapat di mana-mana kecuali di Kathmandu.
“Anak-anak saya lebih gemar mengunjungi 
restoran-restoran mahal yang menawarkan makanan segera seperti piza dan 
burger. Saya rasa hanya generasi lama sahaja menghargai hidangan ini,” 
ujarnya.
Beliau memaklumkan makanan-makanan 
tersebut mencerminkan kekayaan budaya yang diperoleh daripada gabungan 
unik agama Buddha dan Hindu masyarakatnya.
Tambahnya, ia juga mengimbau sejarah 
pertanian masyarakat Newar ketika mereka membekalkan makanan itu kepada 
pekerja-pekerja ladang mereka.
 
Modenisasi
Menurut pakar-pakar makanan, walaupun terdapat beberapa bhatti di setiap lorong sedekad lalu, jumlah tersebut kian berkurangan.
Menurut penulis makanan, Shekhar Kharel, 
kedai-kedai makan ini wujud sebelum kedatangan restoran makanan segera 
dan budaya makan di luar.
“Sekitar tahun 1970-an, golongan-golongan kreatif akan meluangkan masa di kedai makan itu,” ujarnya.
Shekhar percaya pelanggan kini semakin 
berpengetahuan dan maju, seiring dengan sikap terbuka Kathmandu sejak 
beberapa dekad lalu.
Ia sekali gus menjadikan restoran-restoran yang menawarkan hanya sejenis hidangan semakin lapuk.
“Bhatti merupakan sepupu miskin kafe-kafe mewah suatu kawasan kejiranan.
“Sungguhpun mereka diancam dengan 
kehadiran pendatang baharu, namun ia mempunyai pelanggan setia. 
Kedai-kedai makan ini mungkin dapat mengekalkan kegemilangan mereka jika
 memodenkan sedikit tawaran yang disediakan kerana anda tidak dapat 
merasai keaslian hidangan di tempat-tempat lain,” katanya. – AFP
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit