-->

Metallica siapakah dia

 
Metallica live di London, 2008. Dari kiri: Kirk Hammett, Lars Ulrich, James Hetfield, Robert Trujillo.  
Latar belakang
Berasal dari Los Angeles, California, USA
Genre Heavy metal Thrash metal Hard rock Speed metal
Tahun aktif 1981 – kini
Label Warner Bros., Elektra, Vertigo, Megaforce, Sony (Jepun)
Kegiatan berkait Megadeth, Spastik Children, Leather Charm, Panic

Metallica merupakan kumpulan muzik heavy metal masyarakat Amerika dibentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California. Diasaskan apabila Lars Ulrich, pemain drum menghantar iklan di sebuah surat khabar tempatan Los Angeles, ahli-ahli Metallica terdiri daripada Ulrich selaku pemain drum, James Hetfield selaku penyanyi dan pemain gitar irama, Kirk Hammett selaku gitar lead manakala pemain bes yang banyak mengalami pertukaran. Sekarang kedudukan itu dipegang oleh Robert Trujillo.

Album keluaran awal Metallica merangkumi tempo yang pantas, instrumental, dan pemuzikan yang agresif yang menempatkan mereka dalam salah satu "big four" dalam subgenre trash metal seiring dengan Slayer, Megadeth dan Anthrax. Kumpulan muzik ini mendapat peminat yang semakin meningkat dalam komuniti dan pengkritik muzik underground, dengan keluarnya Master of Puppets pada tahun 1986 digambarkan sebagai salah satu album "heavy" trash metal yang paling berpengaruh. Kumpulan muzik ini memperolehi kejayaan komersil yang memberangsangkan dengan album Metallica pada tahun 1991, yang mana berjaya meraih No. 1 dalam Billboard 200. Hasil kejayaan pengeluaran album ini, mereka mengembangkan arah tuju muzikal yang membawa kepada penghasilan album yang lebih mainstream.

Pada tahun 2000, Metallica merupakan salah satu artis/kumpulan muzik yang menfailkan saman menentang Napster atas pengagihan bahan-bahan cetak terpelihara secara percuma tanpa persetujuan daripada Metallica.Akhirnya Napster menjadi perkhimatan guna-bayar setelah perjanjian tercapai. Walaupun mencapai No. 1 dalam Billboard 200, keluaran album St. Anger tidak disenangi oleh kebanyakan peminat kerana ketiadaan solo - solo gitar dan rentak drum yang terlalu agresif. Satu filem bertajuk Some Kind of Monster mendokumentasi proses merekod album tersebut.

Metallica telah mengeluarkan sembilan studio album, dua album live, dua Estended Play (EP), dua puluh dua video muzik dan empat puluh tiga singles. Kumpulan muzik ini telah memenangi tujuh Anugerah Grammy, dan mempunyai tiga album No. 1 dalam Billboard 200, menjadikan Metallica satu - satunya kumpulan muzik paling teratas dalam carta sebanyak lima kali berturut-turut. Album tahun 1991 (Metallica), telah dijual sebanyak 15 juta salinan di Amerika Syarikat, dan 22 juta salinan seluruh dunia, yang mana membuatkan penjualan album 25th tertinggi di negara tersebut. 

Kumpulan muzik ini telah menjual lebih kurang 100 juta rekod seluruh dunia setakat pengeluaran album terbaru mereka Death Magnetic. Setakat pada September 2008, Metallica merupakan artis kelima tertinggi dalam penjualan muzik sejak bermulanya era SoundScan menjejak hasil jualan pada 25 Mei 1991, jumlah jualan 51,136,000 album di Amerika Syarikat sahaja.Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling terkenal hari ini, dan kegiatan penjualan yang terbesar.

Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda.
Terima kasih kerana baca blog ini.
Sumber




NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar