Jika selalunya REMAJA sering beri cadangan pada kamu apakah barang yang paling sesuai untuk di hadiahkan pada kekasih, kali ini REMAJA ingin kongsikan apa yang TIDAK PATUT kamu hadiahkan pada mereka agar kamu tidak tersilap langkah!
HADIAH BUAT LELAKI :
1) BINGKAI GAMBAR!
Lelaki bukanlah seperti wanita yang suka framekan gambar-gambar kenangan. Malah, mereka langsung tak ada idea pun di mana seharusnya mereka letakkan frame pemberian kamu. Mereka tidak tahu macam mana caranya untuk appricate hadiah kamu itu. Jadi, sebelum sebarang peperangan mulut dan sistem ungkit-mengungkit berlaku, eloklah kamu fikir-fikirkan dahulu untuk memberinya bingkai gambar.
2) DEODORANT & BARANG-BARANG MANDIAN
Walaupun mereka berdiri tegak ala-ala maskulin, tetapi jauh di sudut hati kaum adam, mereka sangat-sangat sensitive. Jika kamu beri hadiah berupa deodorant atau barangan mandian mereka akan terasa seperti di sindir oleh pasangan mereka sendiri. Maklumlah, siapa yang suka jika ada yang menyindir tentang bau badan kita bukan ?
3) PAKAIAN DALAM
Lelaki suka berfikiran jauh. Jika kamu beri pakaan dalam padanya, mereka secara spontan akan fikir macam-macam tentang kamu. Percayalah, nanti kamu sendiri akan malu dengan pemberian kamu itu. Cuba fikirkan sejenak, sukakah kamu jika pasangan kamu fikir yang aneh-aneh tentang kamu ?
4) HAIWAN PELIHARAAN
Jika kamu mahu hadiahkan pasangan kamu ikan, kucing atau sebagainya lupakan sahaja lah niat kamu itu melainkan dia benar-benar meminta! Jujur kata, lelaki bukan seperti perempuan. Mereka tidak mempunyai sifat keibuaan. Mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga dan memberi komitment pada haiwan peliharaan itu. Percayalah hadiah kamu itu akan hanya membebankan sahaja si dia!
5) PEMBALUT HADIAH BERCORAK
Tak kisah apa pun yang kamu beri pastikan pembalut hadiah yang kamu guna itu memang betul-betul sesuai dan melambangkan kelakian. Jangan pulak nanti, kamu hadiahkannya jam tangan tetapi pembalutnya pula gambar bunga-bunga atau lebih memalukan gambar teddy bear! Mereka sangat malu jika di beri sesuatu yang ‘girly-girly’. Hilanglah macho nanti! Jadi, pilihlah pembalut yang satu warna atau bercorak geomatrik dan tidak terlalu keperempuanan.
HADIAH BUAT PEREMPUAN :
1) PEWANGI
Ada sesetengah perempuan mereka memang suka mengumpul minyak wangi. Tetapi, tidak semua suka di beri minyak wangi! Pelikkan ? Bukan apa, mereka lebih mempercayai pilihan mereka. Tidak semua suka bau yang sama kan ? Jadi, sebelum kamu ‘terbeli’ wangian yang paling di bencinya, lebih baiklah jika kamu cari sahaja hadiah yang lain untuk dirinya.
2) BUNGA HIDUP!
Memang lah tindakan itu adalah sesuatu yang paling romantic dan sweet! Tetapi, kebanyakan perempuan akan rasa seperti pembelian itu adalah sesuatu yang membazir sahaja. Betul juga, bunga hidup / segar ni tak tahan lama. Tau-tau nanti layu, bila dah layu terpaksalah dia buang kan? Jadi, adakah kamu suka pemberian kamu di buang ?
3) SELUAR JEANS
Lelaki memang suka bila di beri hadiah seluar jeans. Maklumlah, benda mahal! Tetapi tidak bagi perempuan. Bukannya semua jenis jeans sesuai dengan bentuk badan mereka. Lagipun percayalah, kamu pasti akan pening kepala pilih potongan mana yang sesuai nanti!
4) PURSE TANGAN
Perempuan agak cerewet tentang pemilihan sesuatu material. Lain orang lain cita rasanya. Ada yang jenis suka purse mini dan ada yang tidak. Ada yang suka purse panjang dan ada yang suka lipat. Silap beli mereka akan kata “awak ingat taste saya ala-ala makcik ke!” Hahh, naya nanti! Jadi elakan daripada memberi mereka purse tangan.
5) KACA MATA HITAM
Ini juga bahaya! Tidak semua bingkai kaca mata sesuai dipakai oleh gadis-gadis. Ia bergantung juga pada bentuk muka seseorang itu. Sekiranya kamu betul-betul sudah ketandusan idea dan terasa seperti ini sahaja satu-satunya jalan penyelesaian untuk kamu, apa kata bawa si dia sekali ketika membeli ini pasti akan menjimatkan duit kamu dan tentu meringankan sedikit bebanan kamu untuk memilih.
sumber