Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:
PENTING!! Kenali Ciri-Ciri Barangan Daripada Kulit Babi
1. Tengok dan perhatikan betul-betul 
struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah 
sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk 
dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan 
mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK 
membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau 
ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah 
kulit babi.
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati
 apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun 
harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah 
sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas 
adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan 
pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi 
biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur 
kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak 
digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut 
perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak 
digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini
 seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita 
lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, 
semoga kita sentiasa dilindungiNya.
Dr Fuh – Sekadar perkongsian. Memang 
banyak sekarang barangan yang diperbuat dari kulit babi tapi tiada label
 dari pihak peniaga. Biasanya da label “Pig Skin Lining”
 kalau tak salah Dr Fuh. Jadi berhati-hatilah kita semua dalam memberi 
sesuatu. Periksa betul-betul dan tanya peniaga atau promoter 
betul-betul. Kalau tak yakin jangan lah beli. Semoga perkongsian ini 
bermanfaat buat semua.
Sumber: http://fuh.my