-->

Filem istanbul Aku Datang memenangi empat anugerah utama

LISASURIHANI dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Wanita Terbaik kategori filem.


FILEM terbitan Grand Brilliance dan Red Films, Istanbul Aku Datang memenangi empat anugerah utama, termasuk Filem Komedi Terbaik pada acara Anugerah Lawak Warna yang julung-julung kali diadakan di Istana Budaya minggu lalu.
Dalam kategori berkenaan, filem arahan Bernard Chauly itu menewaskan empat filem komedi lain seperti Adnan Sempit 2, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Pontianak Vs Orang Minyak dan Rock Oo.
Penerbit Red Films, Lina Tan berkata, pihaknya langsung tidak menyangka dengan kemenangan itu memandangkan saingan sengit daripada filem-filem lain.
“Sudah tentu ini satu kejutan buat seluruh warga kerja filem Istanbul Aku Datang. Lagipun, pihak Red Films dan Grand Brilliance tidak meletakkan harapan besar untuk menang.
“Bagaimanapun, ia kini menjadi satu sejarah buat kami memandangkan ia filem pertama dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik pada anugerah lawak sulung ini,” ujarnya ketika ditemui selepas acara berakhir.
Ditanya pandangannya terhadap kejayaan Istanbul Aku Datang, Lina berpendapat kekuatan filem berkenaan ialah konsep ceritanya yang berbeza daripada filem komedi lain.
Ujarnya, filem genre romantik komedi itu diselitkan dengan kisah romantik dan permainan emosi yang membabitkan pelakon utamanya.
“Kalau kita lihat Lisa Surihani dan Beto Kusyairy bukanlah pelakon komedi atau pelawak, tetapi mereka berjaya membawakan karakter komedi dalam watak masing-masing sekali gus memberi impak kepada penonton,” jelasnya.
Selain dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik, filem berkenaan turut merangkul tiga lagi anugerah iaitu Lakon Layar Komedi Terbaik Filem, Pengarah Komedi Terbaik Filem (Bernard Chauly) dan Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani).
Sementara itu, inisiatif Astro menganjurkan acara anugerah berkenaan mendapat reaksi positif daripada penggiat komedi tempatan.


OTHMAN HAFSHAM terharu dengan pengiktirafan menerusi Anugerah Khas Juri.


Pengarah Othman Hafsham yang meraih Anugerah Khas Juri pada acara tersebut berkata, ia satu usaha keras untuk memartabatkan lagi komedi dalam dunia hiburan tempatan.
“Melihat kepada keadaan dunia komedi sekarang, semakin ramai pelawak yang muncul dan memeriahkan industri seni. Jadi, sewajarnya perlu ada satu anugerah untuk mengiktiraf bakat mereka.
“Sebagai individu yang sudah berkecimpung selama 30 tahun dalam komedi, saya ingin nasihatkan pelawak baharu supaya banyak membaca dan menonton rancangan komedi luar negara untuk mendapatkan idea lebih segar dan diterima penonton,” jelasnya yang dikenali menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tangtu.
Acara tahunan
Mengenai penganjuran Anugerah Lawak Warna yang diadakan baru-baru ini, ramai pihak yang melihat ia telah berlangsung dengan jayanya.
Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani memberitahu, pihaknya sangat berpuas hati dengan perjalanan acara tersebut serta persembahan barisan artis yang cukup menghiburkan.
“Kalau melihat kepada sambutan yang diterima, tidak mustahil acara anugerah ini bakal menjadi acara tahunan. Namun begitu, perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan lanjut sebelum keputusan dibuat.
“Sekiranya ia dianjurkan lagi pada tahun hadapan, segala kelemahan yang ada akan diperbaiki.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Istana Budaya kerana menyediakan sebuah lokasi yang begitu berprestij,” ujarnya.
Mengenai pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Nizam berharap tiada pihak yang mempertikaikan keputusan juri yang dilantik.
“Saya ingin tegaskan bahawa Astro langsung tidak masuk campur terhadap keputusan yang dibuat. Kami telah melantik pihak audit yang akan menapis setiap keputusan yang diumumkan semasa acara berlangsung,” ujarnya.
sumber: http://www.kosmo.com.my
 
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar