-->

TV3 dan TV9 menyediakan program menarik sempena Ramadan


SALAH sebuah program menarik sempena Ramadan yang turut mengundang artis popular sebagai tetamu.



KEMERIAHAN Ramadan pastinya tidak lengkap tanpa sajian program-program istimewa dan terkini untuk santapan umum.
Sebagai rutin tahunan dan mengambil inisiatif mengekalkan tradisi saluran utama penonton, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad mengumumkan barisan program menarik dari dalam dan luar negara yang bakal disiarkan sepanjang bulan Ramadan.
Bertemakan Seindah Ramadan yang membawa maksud tiada bulan seindah bulan Ramadan, stesen televisyen TV3 dan TV9 menyediakan program berkualiti tinggi dan dibintangi pelakon-pelakon terkenal tanah air.
Sudah menjadi tradisi setiap kali Ramadan, Media Prima akan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.
Menerusi Bazaar Seindah Ramadan, TV3 dan TV9 akan mengelilingi Semenanjung Malaysia untuk melawat rumah anak yatim dan warga emas.
TV3 akan menyediakan ayam percik percuma di Bazaar Seindah Ramadan terpilih manakala TV9 sekali lagi meneruskan acara pemberian kambing golek untuk tahun kedua.
Lebih istimewa, program menarik itu dapat disaksikan menerusi portal video www.tonton.com.my.
TV3
Saluran TV3 menyediakan program santapan minda khas Ramadan seperti Qari Junior 2, Jejak Rasul 19, Bersamamu (Awal & Akhir), Madrasah 2, Sarapan Ramadan, Sembang Sahur, Moreh, Unsung Places, Rumah Kedai, Ayam dan OMG (Ohsem Music Group).
Jejak Rasul 19
Program popular ini bakal merungkai sejarah Muslim di Mekah, Madinah, Palestin dan Baitulmuqaddis. Bersiaran setiap hari pada pukul 6 petang bermula 10 Julai.
Sarapan Ramadan
Pengacara Sham akan mengembara ke seluruh Malaysia untuk menyediakan hidangan tradisional berbuka puasa. Program ini akan mula bersiaran pada esok, 14 Julai setiap hari Ahad pukul 9 pagi.

PROGRAM Akustika Ramadan menampilkan keunikan tersendiri.


Rumah Kedai
Drama terkenal sekitar tahun 1990-an kembali dengan jalan cerita dan komedi baharu yang membariskan pelakon terkenal antaranya Nabil, Miera Liyana, Didie Alias dan Azlee Khairi. Ia mula bersiaran pada 8 Julai setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 5.35 petang.
OMG
Sebuah drama mengenai sekumpulan kawan karib bernama Teng, Bo, Kem dan Bai yang telah menubuhkan sebuah band muzik dipanggil OMG (Ohsem Music Group). Ia akan bersiaran pada 13 Julai setiap hari Sabtu pukul 6.30 petang.
TV9
Tanyalah Ustaz Edisi Ramadan dan dua rancangan TV9 akan membariskan personaliti terkenal iaitu Sheikh al-Yahya Ibrahim menerusi program International Speaker Series: Surahs We Read the Most dan International Series: A Touch of Faith.
Antara program menarik lain TV9 sempena ketibaan bulan Ramadan adalah Mencari Resipi Turun-temurun, Sajian Dari al-Quran, Jom Berbuka dan Pesan Atok.
Menu Kalimah
Rancangan ini akan mengupas 15 jenis makanan yang dapat memberikan kesihatan maksimum kepada manusia dan mampu menyembuhkan penyakit. Program ini menampilkan Chef Rizal dan Ustaz Mohd. Safwan Syafiq. Menu Kalimah bersiaran bermula 10 Julai, setiap hari Rabu pukul 6.37 petang.
Jom Berbuka
Rancangan ini menampilkan sedikit kelainan yang mana selebriti jemputan seperti Khairul Fahmi, Hafiz Suip, Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan mengacarakan program ini dengan cara mereka sendiri. Ia mula bersiaran pada 13 Julai setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 6.37 petang.
Mencari Resipi Turun-temurun
Memasuki musim ketiga, rancangan ini akan diacarakan oleh Chef Anis Nabilah. Antara tempat menarik yang dilawati adalah di Amsterdam, Hanover, Paris dan Brussels untuk mencari hidangan halal tradisional di sana. Ia mula bersiaran pada 25 Julai setiap hari Isnin dan Selasa pukul 6.37 petang.
sumber: http://www.kosmo.com.my
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar