-->

TASHA dan Shamim akui terkejut mereka kini bergelar artis rakaman



PENYANYI kacak yang juga bekas vokalis kumpulan Umbrella, Zarul atau nama penuhnya Zarul Husin menerusi sebuah artikel dalam blognya melabelkan pendatang baharu industri hiburan tempatan, Tasha Manshahar dan Syed Shamim sebagai Uji Rashid dan Hail Amir versi 2013.
Menambahkan hujah terhadap label yang diberikannya itu, ujar Zarul, biarpun imej yang ditampilkan Tasha menyamai konsep Yuna, Najwa Latif dan Ainan Tasnim, namun kelainan dan barangkali kelebihan sudah tentu adalah kerana dia tampil berkolaborasi secara duo bersama Shamim.
Tasha dan Shamim memperkenalkan diri mereka sekitar setahun yang lalu di laman YouTube menerusi lagu pengenalan mereka, Mr Saxobeat iaitu lagu solo dendangan penyanyi dan model Romania, Alexandra Stan yang dinyanyikan semula oleh mereka secara berduet.
Kian mendapat tempat di hati peminat muda dan pelayar laman sosial YouTube, Tasha dan Shamim mengakui terkejut kerana tidak pernah sesekali menyangka mereka akhirnya bergelar artis rakaman.
Ini kerana hasil pendedahkan di YouTube tersebut, mereka dilamar menjadi artis rakaman FMC Music Sdn. Bhd. Ia sesuatu yang boleh dibanggakan memandangkan sekarang ini, syarikat-syarikat rakaman tempatan jarang menerbitkan album baharu.
“Sejujurnya saya agak terkejut pada mulanya tapi lama-kelamaan sudah dapat membiasakan diri. Tidak terduga sebenarnya untuk menjadi artis secara serius kerana lagu-lagu yang kami nyanyikan semula hanya untuk suka-suka.
“Sehinggalah pihak FMC Music Sdn. Bhd. melamar kami untuk menandatangani kontrak menjadi artis rakaman mereka. Alhamdulillah, di sinilah kami sekarang,” kata Tasha yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran single Be Mine dan Cuba Teka di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tidak sengaja
Mengulas lanjut perjalanan mereka menjadi artis, kata Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd. Manshahar, 21, yang masih menuntut di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur, minat dalam muzik telah menyatukan dia dan Shamim.
“Kami berjumpa di universiti dan saya senior Shamim lebih setahun. Dari sekolah lagi saya selalu bermain instrumen muzik seperti gitar dan keyboard, apabila dapat tahu dia (Shamim) mahir dalam bidang muzik kami mula berkenalan.
TASHA dan Shamim akui terkejut mereka kini bergelar artis rakaman.


“Selepas itu, kami selesa dan sering merakamkan lagu bersama-sama. Malah, video pertama kami pun hanya dirakamkan menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik dalam YouTube sekadar main-main.
“Tidak sangka pula ramai yang memberikan perhatian dan reaksi positif terhadap persembahan kami. Mulai dari situ, kami mula merakamkan video lain dan sekarang sudah ada lebih 30 buah video nyanyian semula dan single pertama kami, Be Mine berada di laman YouTube,” ujarnya.
Diusik soalan nakal adakah kolaborasi duo Tasha dan Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 20, bukan sekadar minat sama tetapi mungkin kerana bercinta, mereka tertawa kecil.
Sambil tersipu-sipu malu, Shamim menjawab: “Memang kami bercinta. Tapi bercinta dalam lagu.”
Kolaborasi
Barangkali artis kelahiran YouTube solo telah dibuktikan kejayaannya menerusi Yuna atau paling tidak pun Najwa Latif, namun sejauh manakah cabaran dan hala tuju artis Youtube yang bergerak secara duo?

Empat fakta yang dibimbangkan Tasha dan Shamim sepanjang bergerak sebagai artis duo! Kata mereka, ketidakserasian, gosip-gosip liar, aliran muzik yang sukar diterima dan tidak mampu menyanyi lagi antara faktor yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan mereka.
Jelas Shamim dia tidak takut akan dugaan hari mendatang sebagai artis duo YouTube kerana sementelahan dia atau Tasha, masing-masing mampu menyanyi solo.
“Sebelum ini kami pernah memuat naik video kami menyanyi solo tapi kebanyakan maklum balas diterima peminat mahukan kami berduet.
“Lagipun, konsep duo berbeza dengan artis-artis sebelum ini. Insya-Allah selagi diterima kami akan menyanyi bersama sampai bila-bila, sekarang pun kami masih dalam peringkat percubaan untuk tampil berdua.

PASANGAN duet ini muncul dengan dua single yang masing-masing berjudul Be Mine dan Cuba Teka.


“Buat masa sekarang, belum ada sebarang perancangan untuk bergerak solo tapi ada merancang untuk mengeluarkan lagu secara solo,” jelas anak kelahiran Negeri Sembilan itu.
Sementara itu, untuk kekal relevan dalam industri hiburan ujar Tasha dia berpegang pada fakta ‘perlu pandai membawa diri’.
“Daripada mana datang seseorang artis itu tidak menjadi hal tapi bagaimana cara membawa diri dan sanggup bekerja keras adalah pokok cerita.
“Disiplin, kesanggupan dikritik dan berjiwa kental juga perlu untuk berkekalan,” tambah penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah itu.
Batasan waktu
Kedua-duanya mengakui jadual pembelajaran yang padat sebagai penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi sedikit sebanyak membataskan peluang mereka untuk tampil lebih ke hadapan.
“Pelajaran dan nyanyian berjalan seiring. Keluarga saya telah tetapkan syarat untuk saya tamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum fokus menyanyi.
“Kerana belajar juga waktu kami terhad. Waktu malam dan hari minggu saja peluang untuk kami menumpukan perhatian kepada bidang muzik, selebihnya adalah bersama buku.
“Faktor masa juga menyebabkan single Be Mine yang terlebih awal dikeluarkan terpaksa dilancarkan serentak secara rasmi bersama single kedua, Cuba Teka.
“Untuk bercakap hala tuju saya sebagai seorang penyanyi dan bakal guru, ia bergantung pada penerimaan orang ramai. Selagi saya diperlukan saya akan terus menyanyi.
“Tapi kalau saya tidak boleh menyanyi kelak saya masih boleh menjadi guru,” ujar Tasha yang mengakui popularitinya membantu pengajaran dalam bilik darjah sepanjang praktikal.
sumber: http://www.kosmo.com.my
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar