“Kalau betul engkau anak kandung aku,
minum susu dari badan aku…aku sumpah
akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
minum susu dari badan aku…aku sumpah
akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Itulah
 kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah 
saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.
Tubuh
 saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat
 hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.
Tetapi
 sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya 
terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin 
teruk.
Ibu
 serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu 
saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak 
menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.
Waktu
 itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. 
Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan 
nasi.
Saya
 langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini 
daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari 
mulut saya tanpa mengira masa…
Saya
 masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang 
ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja 
apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.
“Kami
 semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan 
saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat
 tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di 
hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.
Sebaik
 siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat
 meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.
“Kalau
 hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah 
perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu 
kepada saya.
Saya
 merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan 
sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan 
kawan-kawan. Malu!
Sepatutnya
 ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di 
beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi
 makan pagi.
Saya
 tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya 
rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti 
raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai 
makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap 
buruk ibu.
Saya
 ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. 
Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka 
apabila ibu buat begitu?
“Ah!
 Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari 
duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu 
lagi.
Ketika
 itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu 
memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang 
sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.
Ibu
 melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. 
Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba 
menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa 
sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong 
sayur.
Sekali
 lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya 
dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut 
ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula 
terjerit-jerit seperti terkena hysteria.
Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.
“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Selepas
 keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas 
kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah 
bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. 
Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika 
itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan 
sebelum ini.
Tiba-tiba
 air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya 
tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik 
tanpa henti.
Ayah
 juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya.
 Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula 
masih tidak endahkan saya.
Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.
Anehnya
 selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam 
itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca 
dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada
 ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.
Ayah
 bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama 
juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi
 saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan 
saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus 
ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka 
kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.
Akhirnya
 ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz 
ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu 
membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan 
saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada
 tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya 
ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air 
panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata 
sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.
Sekali
 lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada 
perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak 
ibu dan ayah saya ke dapur.
Ustaz
 itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air 
bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu 
membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah 
kakinya seperti orang mengambil wuduk.
Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya
kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu.
kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu.
Setelah
 selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak 
tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam 
sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah
 itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala 
saya sehingga habis.
Selepas
 ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu 
juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya
 yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara
 rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak 
sebulan lalu berhenti mengalir.
Saya
 mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu 
memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu 
memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu 
membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata 
sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang 
ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat 
buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum 
air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.
Sejak
 hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar 
kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu 
tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina 
orang susah.
Saya
 ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab 
terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai 
betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah 
ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah 
benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.
‘Saya’
 dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. 
Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah
 berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan 
menghormati ibunya. 
Sumber: blogammar.com
P/s: Hormatilah kedua ibubapa kita yer :)