-->

Serina bakal mengadakan majlis pelancaran pembukaan restorannya

Kredit foto Faisol MustafaKredit foto Faisol Mustafa
 
Sungguhpun hakikatnya selebriti popular Serina Redzuawan merupakan adik kepada chef selebriti, Chef Riz, namun beritahu Serina, dalam hubungan mereka adik beradik lebih nampak seperti Serina pula yang memengang status kakak. Ini kerana dirinya sering menjadi rujukan abangnya itu dalam banyak perkara termasuklah hal peribadi. Lantas sebagai 'kakak', Serina sudah masak benar dengan perangai Chef Riz.
 
Sementelah diminta mengulas mengenai gosip ymengatakan abangnya kini menjalin hubungan cinta dengan wanita yang dikenali sebagai Mak Jemah, kata Serina, dia tidak merasakan hubungan abangnya dengan wanita berkenaan serius. 
 
"Walaupun Nadzri (Chef Riz) tu abang saya. Sebenarnya saya ni yang nampak macam kakak dia. Kalau ada perkara yang tak kena, saya lah selalu membebel pada dan nasihatkan dia. Tentang gambar dia bersama teman wanitanya yang dimuat di Instagram, saya ada tegur dia pasal perkara tu. 
 
"Saya pun ada membebel pada dia. Saya kata, kalau selagi hubungan tu belum betul-betul jangan lebih-lebih. Ketika dia dengan Ana Dahlia (kini bekas isteri) dulu pun, masa mereka ambil keputusan untuk berkahwin, saya terkejut. Sebab masa tu mereka baru jer berkenalan dan walaupun saya yang kenalkan mereka berdua.
 
"Dan khabar mengatakan saya akan menerima kakak ipar baru tak lama lagi, rasanya tak mungkin. Saya tak rasa hubungan dia dengan Mak Jemah tu serius", kata Serina kepada Malaysian Digest.com
 
Serina yang merupakan bekas artis naungan Aquila Emas ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Aquila Emas Bersama Media, Rumah Bakti Cahaya Hati dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, bertempat di Hotel Federal Kuala Lumpur, malam tadi. 
 
Menyentuh mengenai aktiviti seninya, Serina memberitahu kerjaya lakonannya agak perlahan kerana dia sekarang sibuk dan dalam sama seronok menguruskan perniagaan-perniagaannya.
 
Empat Bisnes Sekaligus! 
Jelas pelakon drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur ini, dia sudah bergelar penerbit dan dalam proses menerbitkan beberapa program TV, menerusi syarikat miliknya bersama pengarah Yusof Kelana iaitu YKS Film Makers Sdn Bhd. Antara program yang telah diterbitkan seperti Kembara Menu Bujang Chef Riz, Jelajah Rasa Etnik Pamoga dan drama untuk siaran TV Al-Hijrah berjudul Dua Dunia.
 
..
 
Selain itu, dia juga rancak dengan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan, Anggun Serina. Dia turut menguruskan perniagaan Farmasi Cosway yang baru dibuka bulan lalu, yang terletak di Kota Damansara. Sambil-sambil itu ibu anak dua ini sibuk juga dengan program ceramah mengenai bisnes Cosway-nya itu. 
 
Minggu depan Serina dia bakal mengadakan majlis pelancaran pembukaan restorannya, Char Kueh Teow Simply Delicious Penang Mai, yang juga terletak di Kota Damansara (berhampiran farmasinya). 
 
Menurut Serina, dia memang suka berniaga dan sikapnya yang 'giler kerja' aka workholic diwarisi dari ayahnya siapa lagi kalau bukan, Datuk Chef Wan.
 
Sibuk, sibuk juga namun Serina masih sempat membahagikan masa antara kerja dan keluarganya. Dia juga bersyukur mempunyai suami, iaitu Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar dan anak-anak yang cukup memahami.  
 
"Keluarga tetap diutamakan. Sesibuk mana pun saya, saya akan tetap cari masa untuk suami dan anak-anak. Dalam seminggu tu paling tidak, dua hari saya akan masakkan untuk keluarga, suap anak-anak makan. Kalau tidak pun, saya akan cari masa ajak suami dan anak-anak pergi bercuti", ujar ibu kepada Tristen Tareef, 3, dan Isabella Saffiya, 2, ini.
 - mD
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar