
Apa yang menarik perhatian admin tentang drama terbaru ini ialah respon 
kebanyakkan penonton yang dilihat tidak suka dengan watak yang dibawakan
 oleh Elfira sebagai isteri kepada Zoey dan menjadi surirumah sepenuh 
masa.
Ini kerana raut wajah Elfira masih keanak-anakan dan kelihatan tidak matang. Lebih menarik, laman sosial Twitter juga turut dibanjiri dengan komen-komen peminat yang kurang setuju dengan watak yang dipegang oleh pelakon comel molek ini.
Susulan itu, Elfira Loy tampil membuat penjelasan dengan menerangkan 
kepada peminat bahawa jalan cerita drama berkenaan mengisahkan tentang 
pasangan yang berkahwin muda dan dianggap tidak menjadi isu besar 
walaupun ada yang menyentuh soal kelayakannya membawa watak tersebut.
Sebagai makluman, ini bukanlah kali pertama Elfira membawakan watak 
sebagai isteri orang. Sebelum ini, dia penah memegang watak sebagai 
isteri ketika menjayakan telefilem Untuk Terakhir Kali.
Jadi, mungkin sudah tiba masanya untuk peminat menerima hakikat bahawa Elfira kini semakin meningkat dewasa dan sudah boleh membawakan watak-watak yang agak matang.
Sumber artikel