-->

Penyanyi Farawahida sorok identiti bakal suaminya

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Tidak seperti kebanyakan pasangan, yang memilih melalui acara merisik juga ikatan pertunangan sebelum mereka benar-benar akan diijabkabulkan. Bagi penyanyi Farawahida, 28, dia memilih untuk terus saja bernikah pada Disember ini.
 
"Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding" kata ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya bertempat di PWTC, malam tadi.
 
Sebelum ini Farawahida menerusi laman Facebook miliknya, berkongsi bersama peminat mengenai percintaannya bersama seorang jejaka yang ingin dikenali sebagai A.
 
Bagaimanapun tatkala diajak berkongsi mengenai pemuda yang bakal dikahwininya itu, pelantun lagu Hilangkan Segalanya ini enggan mendedahkan nama sebenar lelaki tersebut. Kata Farawahida, belum masanya untuk dia bercerita lebih lanjut tentang bakal suaminya itu.
 
"Dia berusia 29 tahun. Seorang yang simple. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang", guraunya. 
 
Mengimpikan sebuah majlis yang berkonsep ala kampung, beritahu Farawahida, setakat ini persiapan untuk majlisnya sedang diatur. 
 
"Persiapan tu dah ada. Saya pun akan pergi kursus kahwin. InsyaAllah masa raya nanti kedua-dua keluarga akan mengadakan perbincangan yang lebih serius. 
 
"Sebenarnya saya tunggu kakak saya yang kedua balik ke sini. Dia sekarang menetap di Jepun, ikut suami dia bekerja di sana. Jadi kebiasaannya dia boleh balik hujung tahun. Sebab tu saya pilih untuk melangsungkan perkahwinan semasa kepulangan kakak saya nanti", katanya.
 
Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Dalam pada itu Farawahida turut berkata berita perkahwinannya ini sekaligus memadamkan spekulasi mengenai gosip percintaanya dengan komposer Julfekar, yang sikit masa dulu hangat diperkatakan.
 
"Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa down. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami", katanya.  
 
Mengenai perkembangan karier, selepas mereleasekan single Jangan Tanya Aku Lagi, Farawahida kini sedang mencari material untuk single terbarunya. 
sumber-http://www.malaysiandigest.com
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar