Kisah Menyentuh Hati – Kasih Sayang Seorang Abang. Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..
2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..
“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 
5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek 
befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak 
terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas 
kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai 
umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi, 
diorang cium kita berdua. Diorang cakap
sumber-fb
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x 
sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko 
balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko
 xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap
 terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat x..
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi 
sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans 
ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x
 pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..
Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku
 kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai 
sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama 
airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun,
 dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika 
hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau 
diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku buka..
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu 
pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku 
masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan 
perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah
 untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang
 ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau 
ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi 
aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku 
sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan
 pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku 
letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah
 tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada 
tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat 
tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila 
malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak 
dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, 
makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. 
Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus 
sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..
Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
Siapa cakap yg aku tidak menjamah 
masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku 
perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. 
Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan 
matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. 
Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan 
segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku 
ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana 
terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa 
hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.. 
Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa?
 Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi 
pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas 
kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati 
kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat 
mendidikmu..
Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan 
kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit 
ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat 
pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku 
terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan 
aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk 
memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar 
dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg 
makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor 
menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku
 sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara 
yang ingin aku katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku 
pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap
 setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, 
TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA 
KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr 
kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku 
tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak 
bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku 
sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun 
duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
Sekiranya engkau disunting seseorang.. 
Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. 
Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan 
jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu.. Aku termenung 
bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu 
hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis 
nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil 
menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia 
mu duhai abangku. 
sumber-fuh.my
sumber-fuh.my