-->

Farid Kamil keadaan cedera kerana kemalangan ketika menunggang motosikal

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Dalam kegembiraan Farid Kamil menyambut kelahiran bayi sulungnya pada 2 Julai lalu, pelakon dan pengarah filem ini sebenar dalam keadaan cedera sejak dua bulan lalu kerana mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal. Akibatnya tulang bahu kiri Farid patah dan dia terpaksa menjalani pembedahan left clavicle damage bagi menyambungkan semula tulangnya itu.

 
"Saya mengalami kemalangan motosikal dua bulan lalu. Saya memang sukakan aktiviti lasak baik dalam filem atau luar filem. Saya pun tak tahu nak klasifikasikan diri saya ni sebagai seorang yang tak reti serik atau apa. Tapi inilah kecederaan paling kritikal yang pernah saya alami.
 
"Awal bulan depan saya akan jalani satu pembedahan untuk betulkan plat bahu kiri saya", kata Farid turut membeitahu dia mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buluh, Selangor.
 
Farid yang merupakan teraju utama drama Jodoh Itu Milik Kita, ditemui pada majlis sidang media drama adaptasi dari novel nukilan Sara Aisha itu, bertempat di Restoran Teeq, Lot 10, malam tadi. 
 
Disebabkan kecederaan yang dialami, Farid berkata penggambaran yang melibatkan lakonannya terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali. Pun begitu dia akan kembali semula ke set esok (hari ini) bagi menghabiskan penggambaran yang tinggal 10% lagi.
 
..
 
"Oleh sebab dah tangguh dua kali, esok (hari ini) saya terpaksa habiskan penggambaran. Mujurlah banyak babak saya bersama pasangan saya, Tiz Zaqyah telah dibuat dulu sebelum saya ditimpa kemalangan. Jadi hanya tinggal dalam 10% saja lagi penggambaran.
 
Dalam drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu, Farid melakonkan watak sebagai Aariz Daniel, suami kepada Dahlia (lakonan Tiz Zaqyah). Ia mengisahkan konflik dalaman seorang suami (Aariz Danial) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat akhir menggantikan tempat adiknya, Shafiq yang sepatunya berkahwin dengan Dahlia.
 
Konflik dalaman berlaku apabila Shafiq, kembali menagih Dahlia daripada Aariz. Dan Aariz serba salah dengan perasaannya sendiri.
 
Jodoh Itu Milik Kita turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Keith Foo, Zul Ariffin, Ziela Jalil dan ramai lagi. Drama ini bakal bersiaran mulai 19 Ogos depan, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di saluran Mustika HD (saluran 134).
 sumber

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar