-->

Ciri wanita yang baik

Wanita adalah hiasan dunia. Hiasan dunia yang paling cantik adalah wanita yang SOLEHAH dan baik MARUAHNYA. Mari kita tambah sedikit ilmu untuk dijadikan sebagai panduan kepada yang bergelar isteri dan akan bergelar isteri kelak.

13 Tanda PEREMPUAN Yang Baik MARUAHNYA

1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya, iaitu:
  • Dengan suaminya bersopan-santun dalam segala percakapan dan tindakannya.
  • Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-memaki dan berbahasa kesat).
  • Dengan ibu-bapanya bersopan-santun, beradab.
  • Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mengata- mengata serta memfitnah.
2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang  lain.

5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.

8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.

9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.

10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga.

11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

12. Segala tingkah laku perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.

13. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam setiap waktu terutama selepas Solatnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.
(HR At-Tirmidzi).


Rasulullah bersabda, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.
(HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim).


Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?" Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; 

sumber:iislamku
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar