Ramai yang tak tahu kisah benar
 bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah 
Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti 
penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga 
Binaan Ayah Pin.
Antara bangunan dan struktur yang dibina
 di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, 
payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah 
nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, 
jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan 
kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut 
laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan 
tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini 
sejak tahun 1970an lagi.
Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran
 sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar 
negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu 
Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, 
akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak
 berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal 
siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari
 pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia 
bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu 
turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan 
penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan 
sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 
2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan 
untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz 
Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu
 adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di 
Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada 
masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu 
Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti 
Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa 
saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar 
dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan 
Kerajaan Langit di Besut.
Mengikut katanya sudah banyak kali 
jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan 
itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat 
itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat 
perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri 
saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. 
Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam 
beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz 
diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.
Kami berkumpul selepas waktu asar di 
sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah
 yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang 
mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap
 tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan 
tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan 
malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal
 Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke
 Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu 
sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun 
membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, 
terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ
 tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami 
menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan 
alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan 
itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya 
kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas 
yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik 
membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca 
ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, 
menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan 
yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. 
Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan 
dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. 
Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya 
polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan
 membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa
 agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan 
lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan 
elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh 
cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick 
survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis 
dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang 
mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang 
telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit 
ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang 
masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya 
mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam 
dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba 
membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan 
terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan 
bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari 
pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya 
bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 
jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan 
itu.
Dengan keizinan Allah swt dan 
pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat 
suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, 
saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang
 dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus 
jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari 
kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami 
semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari 
adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 
tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada 
Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan 
itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas 
mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi 
saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua 
bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke 
Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. 
Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan 
jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan 
bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar 
meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan 
pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa
 yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang
 tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk 
memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana 
atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama 
berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj. Lokman